salah satu resepi ikan terubuk kegemaran…sgt sesuai utk hidangan tengahari dan juga makan malam. Garing dan sedap dimakan ketika panas2 lg dgn nasi panas…pasti bertambah2…bg sesape yg belum pernah mencuba tp teruja, silalah cuba…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Terubuk Masin Goreng Garing

salah satu resepi ikan terubuk kegemaran…sgt sesuai utk hidangan tengahari dan juga makan malam. Garing dan sedap dimakan ketika panas2 lg dgn nasi panas…pasti bertambah2…bg sesape yg belum pernah mencuba tp teruja, silalah cuba…

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan terubuk masin (saiz M)
  • 2-3 sb tepung jagung
  • 5 biji cili api (dihiris)
  • 4 biji limau kasturi (dibelah dua)
  • minyak utk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan terubuk dipotong bbrp kepingan (ikut suka) dan direndam terlebih dahulu (10-15 minit) utk mengeluarkan garam yg berlebihan.
  • Kemudian ikan dicuci bersih dan dilap kering. Salutkan dengan tepung jagung. Biarkan seketika.
  • Panaskan minyak dengan api perlahan. Apabila sudah panas, masukkan ikan satu persatu dan goreng sehingga betul-betul garing (goreng lama sikit tp jgn sampai hangus).
  • Apabila sudah masak, angkat dan toskan. Susunkan ikan di dalam pinggan hidangan. Perahkan limau kasturi dan taburkan hirisan cili api di atasnya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN