Sedap dimakan dgn nasi putih panas2.Otak2 sardin ni dikukus,boleh jugak dibakar…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Otak-Otak Sardin™

Sedap dimakan dgn nasi putih panas2.Otak2 sardin ni dikukus,boleh jugak dibakar…

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin besar sardin(425g) – dilecek bersama sosnya sekali.
  • 10-15 tangkai cili kering*
  • 10-12 ulas bawang merah*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 1 hiris halia*
  • 3 batang serai*
  • 4 biji buah keras*
  • 2 sb rempah kari ikan/daging
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 5-6 helai daun limau purut – dihiris halus
  • 1 sb air limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak untuk menumis
  • secukup daun pisang dipotong 10×13 cm dan bersihkan
  • secukup lidi atau stapler utk menyemat daun pisang
CARA PENYEDIAAN
  • Daun pisang dijadikan seperti mangkuk2 kecil dan ketepikan.
  • Kisar bahan2 yg bertanda * hingga halus.Panaskan minyak di dlm kuali dan tumis bahan kisar dan rempah kari hingga wangi dan masukkan santan,garam dan gula secukup rasa.Masukkan pula telur,daun limau dan kacau rata lalu masukkan sardin lecek dan gaul hingga sebati.Masak hingga pekat dan masukkan jus limau.Matikan api.
  • Bubuh adunan otak2 ke dlm mangkuk2 daun pisang.Buat hingga habis dan susun di dlm loyang.Kukus hingga 15 min. di dlm kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  • Siap untuk dihidangkan.
  • ***Otak2 sardin ini dh terasa pedasnya…tapi pd yg suka lebih pedas boleh tambah hirisan cili merah atau cili padi dlm step no. 2,ikut selera masing2…
  • ***Bakar pada suhu 160C selama 15 min.. :)…contoh gambar ada di laporan masakan… :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN