Bubur ayam resepi membuatnya cukup mudah. Namun, hidangan ini tidak lengkap jika dimakan begitu sahaja tanpa tambahan lauk lain.
Tapi kalau nak lagi sedap, anda boleh menambah lauk seperti kangkung goreng, sambal belacan dan telur masin.
Kombinasi ini akan membuatkan bubur ayam lebih istimewa. Dijamin makan bertambah-tambah, tak cukup semangkuk!
Baca juga:Resipi Bubur Ayam Chinese Style, ‘Comfort Food’ Untuk Legakan Demam
BUBUR AYAM RESEPI MUDAH DAN SEDAP
Bahan-bahan:
- Beras semangkuk
- Kentang 3 biji
- Ayam 3 ketul bahagian isi sahaja
- Bawang goreng
- Kiub pati ayam Knorr@Maggie@etc
- Garam 2 sudu teh
- Minyak bijan (4 renjis)
Cara memasak:
- Basuh beras bersih. Selepas itu letakkan ayam di atas beras.
- Isikan air 5 mangkuk yang sama sukat beras tadi. Masak sampai ayam empuk. Jangan gunakan api besar dan pastikan kacau setiap 5 minit untuk mengelakkan bahagian bawah hangit.
- Keluarkan ayam bila sudah empuk. Isi ayam disiat-siat halus.
- Masukkan isi ayam yang sudah disiat dalam periuk nasi tadi. Masukkan kentang, kiub ayam dan garam. Kacau hingga sebati.
- Masak sampai kentang empuk. Akhir sekali tabur bawang goreng dan gaulkan sampai masak.
RESIPI KANGKUNG BELACAN
Bahan-bahan:
- *Cili padi
- *Bawang putih
- *Bawang merah
- *Belacan
- *Ikan bilis
- Kangkung
Cara memasak:
- Tumbuk semua bahan-bahan bertanda *.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis sehingga naik bau. Selepas itu sos tiram 1 sudu dan secubit garam.
- Masuk kangkung yang sudah dibasuh bersih dan kacau-kacau dalam 2 minit. Tutup Api (ingat tidak perlu tambah air)
RESIPI SAMBAL BELACAN
Bahan-bahan:
- Bawang merah
- Cili merah
- Cili padi
- Belacan
Cara-cara:
- Gorengkan bahan-bahan sekejap.
- Angkat dan tumbuk kasar.
- Panaskan sedikit minyak dan gorengkan bahan yang ditumbuk tadi. Masuk satu sudu gula dan sedikit garam. Masakkan sehingga kering.
Kredit resipi dan gambar: Siti Nur Sahida Ibrahim
Baca juga: Mudahnya Nak Buat Bubur Jagung ‘Creamy’, Guna Jagung Tin Je!