Kedondong asam boi memang menjadi kegemaran mereka yang sukakan buah masam. Lebih-lebih lagi jika dibuat jus mahupun jeruk.
Menulis entri ini sudah membuat penulis kecur air liur membayangkan masam, manis dan pedas jeruk kedondong asam boi ini.
Cara untuk membuat terlalu mudah dan senang. Nak lagi sedap, jeruk ini perlu makan sewaktu masih sejuk. Confirm ketagih tak cukup satu bekas!
Jom kita tengok resipi oleh Cik Puan Mizah Ngatiman yang dikongsikan menerusi laman sosial Facebook milik beliau.
Baca lagi: Resepi Hash Brown Mudah, Boleh Buat Sarapan Atau Bekal Untuk Anak!
RESIPI KEDONDONG ASAM BOI
Bahan-Bahan:
- 1 plastik kedondong
- Garam dan air kapur untuk rendaman secukupnya
- 1 sudu kecil garam halus
- 1 senduk gula pasir
- Asam boi secukupnya
- 1 tangkai cili padi (boleh tambah jika suka pedas)
Cara-Cara:
1. Rendam kedondong dalam air kapur yang dicampur garam selama beberapa jam.
2. Buang kulit buah itu.
3. Rendamkan dengan sedikit kapur dan garam selama 1 jam.
4. Toskan kedondong.
5. Belah dua.
6. Campurkan dengan garam halus, gula, asam boi, dan hirisan cili padi.
7. Gaul rata dan biarkan seketika sebelum dinikmati.
8. Sedap kalau disimpan dalam peti sejuk dan makan sewaktu masih sejuk.
Selamat mencuba!
Sumber: Mizah Ngatiman
Baca lagi: Resepi Kek Butter Sedap, Guna Cara Ini Mesti Lembut Dan Sekata Punya!