whoopie pie

Whoopie pie adalah sejenis pencuci mulut yang sedap kerana teksturnya lembut seperti kek yang diapit oleh krim. Anda wajib buat untuk keluarga!

Cara untuk buat sangat cepat dan kurang dari 10 minit masa penyediaan. Anda juga boleh ubah tahap kemanisan ikut citarasa sendiri.

Jom baca resipi di bawah ini.

Baca juga: Beza ‘Tarikh Luput’, ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ Pada Label Makanan, Baru Yakin Nak Guna!

RESIPI WHOOPIE PIE

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan butter (pada suhu bilik)
  • 1 cawan gula castor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1 cawan buttermilk (1 sudu besar cuka makan + 1 cawan susu segar)

Cara-cara membuat:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.

2. Pukul butter dan gula hingga kembang selama 2-3 minit.

3. Masukkan telur dan vanilla, gaul rata.

4. Satukan tepung, serbuk koko, dan baking soda, kemudian ayak.

5. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan butter berselang-seli dengan buttermilk, bermula dan berakhir dengan tepung.

6. Setelah adunan sebati, sudukan ke atas dulang pembakar biskut, jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang.

7. Bakar selama 8 minit atau sehingga masak. Biarkan sejuk.

8. Sapu atau piping krim di tengah-tengah kek untuk menghasilkan sandwich.

Bahan-bahan lemon cheese cream:

whoopie pie

  • 200gm gula
  • 60ml jus lemon
  • 4 biji putih telur
  • 300gm butter
  • 300gm shortening
  • 180gm krim keju

Cara-cara membuat lemon cheese cream:

1. Masak gula dan jus lemon atas api sederhana hingga menjadi sirap pekat.

2. Pukul putih telur hingga kembang, kemudian masukkan sirap perlahan-lahan.

3. Masukkan butter, shortening, dan krim keju. Pukul hingga kembang dan kental.

Sumber: Jom Belajar Buat Biskut, Zura Ziqri Raid

Baca juga: Resipi Mi Segera Tumis Simple, Nak Lagi Sedap Tambah 1 Sudu ‘Bahan Ini’

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN