resipi roti sarang lebah

Kalau roti canai ada menu sarang burung, entri hari ini kami bawakan resipi roti sarang lebah. Ha, kalau nak tahu macam mana wajib baca hingga habis!

Roti ini bukan sahaja sesuai dinikmati sebagai minum petang, malah boleh diubahsuai menjadi donut, pau sambal, roti sosej, atau pau goreng.

Jom baca resipi yang dikongsikan ini.

Baca juga: Cara Buat Sambal Bangkok Yang Tak Cepat Rosak, Sedap Menyengat!

RESIPI ROTI SARANG LEBAH

Bahan-bahan utama:

  • 500gm tepung high protein
  • 250gm tepung gandum
  • 3 sudu besar gula halus
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 3 biji kuning telur
  • 7gm bread softener/improver
  • 1 sudu besar yis (7gm)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 370ml air suam
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 sudu teh garam halus

Cara-cara membuat:

1. Campurkan yis dengan gula pasir dan air suam. Biarkan sehingga yis berbuih.

2. Dalam mangkuk besar, gaulkan tepung high protein, tepung gandum, gula halus, susu tepung, dan bread softener.

3. Masukkan kuning telur, susu pekat manis, dan campuran yis yang telah berbuih. Gaul sehingga sebati.

4. Uli adunan sehingga menjadi doh. Masukkan marjerin dan garam, kemudian teruskan menguli sehingga doh elastik dan tidak melekat pada tangan.

5. Rehatkan doh dalam mangkuk yang ditutup dengan kain lembap selama 1-2 jam atau sehingga doh naik dua kali ganda.

6. Setelah doh naik, bahagikan kepada bentuk bulat kecil. Susun dalam loyang yang telah dilengser.

7. Biarkan doh naik sekali lagi selama 30 minit sebelum dibakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 20-25 minit atau sehingga perang keemasan.

Bahan sos karamel:

  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 tin susu sejat
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1 sudu besar marjerin

Cara membuat sos karamel:

1. Panaskan gula pasir dalam kuali hingga menjadi karamel.

2. Masukkan susu sejat sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.

3. Tambahkan esen vanilla dan marjerin. Kacau hingga sos pekat dan licin.

resipi roti sarang lebah

4. Tuangkan sos karamel ke atas roti yang telah dibakar.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Wani

Baca juga: Cara Buat Bebola Bergedil Ayam, Bentuk Bulat Comel Senang Nak Telan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN