cara buat sambal

Pelbagai jenis sambal telah dibuat sampai jadi resipi turun-temurun, tapi pernahkah anda dengar tentang cara buat Sambal Bangkok?

Sambal Bangkok adalah sambal khas Thailand yang terkenal dengan rasa pedasnya yang buatkan sesiapa saja menjadi ketagih setelah mencubanya sekali.

Ramai yang tertarik dengan resipi Sambal Bangkok yang dikongsikan oleh Ida Shahida di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Sambal Nasi Kak Wok, Pedas Dan Manisnya Cukup Rasa!

CARA BUAT SAMBAL BANGKOK

cara buat sambal

Bahan-bahan:

  • 25 biji cili kering (dicuci)
  • 10 ulas bawang merah (dimayang halus, jika suka bawang boleh lebihkan)
  • 1 sudu besar belacan
  • Garam (seimbangkan rasa masin, manis dan masam)
  • 2 sudu besar gula (seimbangkan rasa manis masam dan masinnya)
  • ½ cawan air asam jawa
  • 2 cawan minyak (untuk goreng cili dan bawang)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dan goreng cili kering sampai berkilat tapi jangan hangus, kemudian angkat dan ketepikan dahulu sebab nanti nak masukkan dalam pengisar.

2. Selepas itu, goreng bawang merah yang dimayang tadi sampai sedikit garing (sama macam buat bawang goreng). Angkat dan masukkan ke dalam pengisar bersama cili goreng tadi dan minyaknya sekali.

3. Seterusnya, masukkan belacan, gula dan garam, kemudian kisar semuanya sampai halus.

4. Akhir sekali, masukkan air asam jawa, kacau dan sebatikan semuanya. Siap untuk digunakan!

cara buat sambal

Walaupun cara buat Sambal Bangkok ini nampak ringkas dan mudah, tapi anda akan puas hati dengan hasilnya yang mempunyai rasa pedas yang cukup serasi dengan tekak.

Sambal Bangkok ini lebih sedap dibuat secara pekat dan anda boleh nikmatinya bersama lempeng dan nasi lemak. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai sos pencicah tau.

Jika nak buat banyak sebagai stok, anda boleh simpan Sambal Bangkok dengan menggunakan bekas dan masukkan dalam peti sejuk supaya tak cepat rosak dan tahan lama.

Selamat mencuba!

Sumber: Ida Shahida

Baca juga: Jiran Ajar Cara Buat Sambal Goreng, Resipi Mantap Dari Indonesia

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN