keropok ikan

Keropok Ikan adalah antara buah tangan yang wajib dibawa pulang setiap kali bercuti ke Terengganu bersama keluarga.

Ia merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, terutama di Kelantan dan Terengganu yang terkenal.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan Keropok Ikan sebagai makanan berprotein tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.

Baca juga: Keropok Lekor Nasi, Sekali Pandang Macam Keropok Lekor Betul

Sebenarnya kita boleh buat sendiri Keropok Ikan di rumah dengan hanya menggunakan nasi semalam dan hasilnya memang sama seperti yang dibeli di kedai.

Melalui video perkongsian di TikTok, fienazshafieofficial telah tunjukkan cara membuat Keropok Ikan Bilis yang rangup dan sedap. Jom kita cuba!

RESIPI KEROPOK IKAN BILIS

keropok ikan

Bahan A (kisar):

  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 4 cawan nasi (guna nasi semalam saja)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 kiub serbuk ikan bilis
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih

Bahan B:

Cara-cara membuat:

1. Kisar semua bahan A.

2. Campurkan dengan bahan B bentukkan menjadi doh.

3. Rebus sehingga doh timbul.

4. Angkat dan toskan sehingga sejuk (doh agak melekit ya).

5. Apabila doh sudah sejuk balutkan dengan plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk semalaman.

6. Keluarkan dari peti sejuk, hiris nipis-nipis saja.

7. Jemur di bawah matahari selama 2 hari seeloknya untuk dapat keropok yang betul-betul kering.

8. Goreng dengan minyak panas.

keropok ikan

9. Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidang!

Keropok Ikan Bilis ini sedap dimakan sementara masih panas dengan sos pencicah yang lazat, silap-silap makan sampai tak berhenti mengunyah dibuatnya.

Sebaiknya anda simpan keropok ini di dalam bekas kedap udara supaya ia tak lemau dan rangupnya tahan lebih lama.

Jika tiada serbuk ikan bilis, anda boleh gantikan dengan menggunakan serbuk lain seperti udang, ayam dan sebagainya.

Selamat mencuba!

Sumber: fienazshafieofficial

Baca juga: Cara Buat Keropok Nasi Keping, Kembang Dan Cukup Garing Bila Digoreng!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN