Dapat tips merapuhkan jeruk dari Cikgu Liza semasa ngajar kat Seri Muda. TQ Kak Liza.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Jeruk Betik Rapuh
Dapat tips merapuhkan jeruk dari Cikgu Liza semasa ngajar kat Seri Muda. TQ Kak Liza.
BAHAN-BAHAN
- 1 biji betik tua (yang masih keras)
- 1/2 cawan garam kasar
- 2 cawan air kapur makan
- 2 cawan gula
- 1 keping asam gelugur
CARA PENYEDIAAN
- Buang kulit buah betik.Belah buang biji dan bahagian yang berbulu-bulu dalam buah.
- Potong buah betik berkeping2. Masukkan dalam bekas,gaul garam dan tuangkan air kapur.Jika air kapur tidak menenggelamkan buah,bolehlah ditambah air.
- Potong dan masukkan asam gelugur.Jerukkan untuk tempoh seharian.
- Apabila buah dah masuk rasa masin atau dah cukup seharian,tuang airnya dan cuci buah.
- Masak gula dengan 2 cawan air dan tuangkan ke buah.Tenggelamkan buah.Simpan lagi untuk tempoh 5-6 jam.
- Biasanya selepas 5-6 jam bubuh air gula,jeruk dah ok manis masinnya. Tapi jika dirasakan belum betul2 masuk gulanya,tambah tempohnya lagi.
- Jeruk yang dah jadi dibuang airnya dan dicuci.Simpan dalam peti ais tanpa air.Malumlah tak berpengawet,nanti berlendir n berbau.Simpan dalam bekas berpenutup.
- Asam gelugur bertujuan untuk rasa masam2,boleh diganti ngan 2 sudu cuka. Kadang2 maksu juga patah2kan 4, 5 biji cli padi dan masukkan untuk tambah perisa. Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.