Saya selalu makan hati pari bakar semasa pulang ke kampung nenek di utara.
Hati ikan pari ini mudah di dapati di pasar basah sekitar Kuala Kurau, Perak utara.
Kebetulan untuk hari ini , hati pari ini saya “terjumpa” di pasar Chow Kitt, Kuala Lumpur.
Ianya hanya dijual dengan harga RM1 iaitu sebesar saiz 2 tapak tangan manusia.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Hati Pari Bakar (Selera dari Utara)
Saya selalu makan hati pari bakar semasa pulang ke kampung nenek di utara.
Hati ikan pari ini mudah di dapati di pasar basah sekitar Kuala Kurau, Perak utara.
Kebetulan untuk hari ini , hati pari ini saya “terjumpa” di pasar Chow Kitt, Kuala Lumpur.
Ianya hanya dijual dengan harga RM1 iaitu sebesar saiz 2 tapak tangan manusia.
BAHAN-BAHAN
- 10 biji cili kering
- 10 ulas bawang merah
- Sedikit lengkuas (sebesar ibu jari)
- 5 batang serai
- 2 helai daun kunyit
CARA PENYEDIAAN
- Kisar dengan blender cili kering, bawang merah, lengkuas dan serai sehingga lumat
- Hati ikan pari dibasuh dengan limau nipis sehingga hilang bau hanyirnya. Jika ada hempedu (berwarna hijau) , buang hempedu tersebut.
Toskan seketika hati tersebut. - Kemudian lampirkan hati itu di atas daun pisang.
- Bahan-bahan yang telah dikisar halus diletakkan di atas hati pari.
- Hiris daun kunyit dan taburkan di atas hati pari
- Balut seluruh hati pari tersebut dengan daun pisang dengan cermat * Hati yang telah dibalut daun pisang bole juga dibalut dengan menggunakan aluminium foil untuk memudahkan proses membakar kelak.
- Bakar hati di atas dapur selama 20-30 minit dengan api yg sederhana. Setiap 5 minit balik-balikkan hati tersebut supaya ia masak dengan sekata.
- Hati pari ini sesuai dimakan ketika masih panas bersama nasi putih
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.