sambal totok tumis jawa

Jika anda mencari sambal yang enak untuk dimakan bersama nasi panas atau pelbagai makanan lain, sambal totok tumis jawa ini adalah pilihan yang sesuai.

Sambal ini sangat sedap dijadikan pencicah kepada lempeng, jemput-jemput, ubi rebus dan nasi putih. Dengan rasa pedas yang seimbang dan tekstur ikan bilis yang rangup, ia pasti memikat selera.

Jom cuba resipi lengkap di bawah ini.

Baca juga: Resipi Onion Ring Rangup, Buat Sendiri Lagi Jimat Sebab Kos Murah Je!

RESIPI SAMBAL TOTOK TUMIS JAWA

Bahan-Bahan:

  • 15 biji cili padi siam
  • 3 biji cili merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 2 genggam ikan bilis (rendam sekejap)
  • Belacan sebesar ibu jari
  • Sedikit air asam jawa
  • Gula, garam, dan perasa secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Tumbuk cili padi, cili merah, bawang putih, bawang besar, belacan, dan ikan bilis sehingga kasar. Anda boleh menggunakan food processor, tetapi pastikan teksturnya kasar dan tidak terlalu halus.

2. Panaskan minyak dalam kuantiti yang mencukupi.

3. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga benar-benar garing dan pecah minyak. Pastikan minyak yang digunakan cukup banyak untuk memastikan bahan-bahan masak sempurna.

4. Setelah bahan tumisan garing, masukkan air asam jawa dan renehkan.

5. Tambah gula secukup rasa, mengikut selera masing-masing. Jika anda suka sambal yang sedikit manis, tambahkan lebih gula. Masukkan sedikit perasa dan garam secukupnya jika kurang masin.

6. Keringkan sambal sedikit sebelum dihidangkan.

sambal totok tumis jawa

Sumber: Nor Haidah Md Said

Baca juga: Resepi Donat Kampung Tanpa Rehatkan Doh, Hasil Terlajak Gebu Gebas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN