Resepi yg asalnya bertujuan utk clearkan peti ais, tapi berakhir menjadi salah satu cekodok terbest di alam semesta! Over pulak ek, tapi serius, memang sedap & best, nak plak kalo cicah dgn Sambal Terbakar Mulutku – woot woot!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cekodok Bilis Sweet Corn

Resepi yg asalnya bertujuan utk clearkan peti ais, tapi berakhir menjadi salah satu cekodok terbest di alam semesta! Over pulak ek, tapi serius, memang sedap & best, nak plak kalo cicah dgn Sambal Terbakar Mulutku – woot woot!

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan penuh tepung gandum
  • 1 genggam penuh ikan bilis yg sudah dibersihkan (dibuang kepala, isi perut & dicuci bersih2)
  • 1/2 tin besar jagung manis dalam tin (ala yg macam org jual apam balik guna tu)
  • 1 labu bawang besar saiz besar
  • 3 keping roti potong
  • Air yg cukup utk membancuh adunan tepung
  • 1 sudu kecil garam
  • Minyak yg banyak utk goreng tenggelam (deep fry)
CARA PENYEDIAAN
  • Roti potong direndam dalam air dalam satu bekas lain. Asingkan seketika. (Nota :- Sesuai kalau gunakan roti yg dah 2 3 hari atau kulit2 roti)
  • Tumbuk ikan bilis dan bawang besar hingga lumat/separuh lumat.
  • Dalam satu besen/mangkuk adunan yg besar, masukkan tepung, ikan bilis & bawang besar yg ditumbuk tadi, jagung manis dlm tin dan garam.
  • Roti yg direndam tadi dihancur2kan dan dimasukkan ke dalam besen/mangkuk adunan tadi.
  • Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga dapat kepekatan/kecairan yg anda mahukan. Dengan menggunakan sudu besar, kacau adunan perlahan2. (Petua berguna:- Kacau adunan seolah2 anda membuat bentuk nombor 8.) Jangan terlalu beria2 mengacau adunan kerana terlalu banyak udara masuk ke dalam adunan tepung akan membuatkan cekodok anda keras/liat utk dimakan. Cukup setakat sebati semua adunan dan menghilangkan ketulan2 tepung.
  • Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana besar. Bila minyak dah panas, sudukan adunan dan jatuhkan dlam minyak. Hati2 jgn sampai terpercik minyak panas ok.
  • Saiz cekodok bergantung pada selera anda. Saya sukakan cekodok yg besar2 tetapi leper2. Goreng sampai kuning keemasan. Toskan supaya tidak terlalu berlengas dengan minyak.
  • Hidang utk minum pagi/petang/malam. Sedap dimakan panas2 begitu saja, ataupun dicicah dgn sambal/sos kegemaran anda. Saya suka dgn Sambal Terbakar Mulutku – minum pula teh o nipis panas2 – wooohhhoooo…

    Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN