Selain bingka roti pandan, terdapat banyak lagi resepi bingka yang boleh anda cuba. Salah satunya adalah bingka roti butterscotch.
Jika anda inginkan kelainan, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Sunita Sabtu di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan cukup ringkas dan cara membuatnya juga sangat mudah! Selamat mencuba.
Baca juga: Resipi Bingka Susu Yang Mudah & Sedap, Simple Je Caranya!
RESEPI BINGKA ROTI BUTTERSCOTCH
Bahan-bahan:
- 8 keping roti putih
- 2 biji telur
- 3/4 gelas gula
- 3 gelas santan/susu segar/susu cair
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 gelas tepung
- Sedikit merjerin
- Sedikit garam
Cara membuat:
- Potong atau carik-carikkan roti putih. Kemudian rendam roti di dalam 2 gelas santan.
- Selepas itu satukan esen vanilla, 1 gelas santan dan juga tepung. Gaul atau kisar semua bahan ini sehingga bercampur rata dan sebati.
- Masukkan adunan yang telah dikisar ke dalam roti yang berendam di dalam santan tadi.
- Oleskan loyang dengan sedikit marjerin. Kemudian, baru tuangkan adunan ke dalam loyang.
- Bakar dalam oven dengan suhu 130°C–150°C sampai kekuningan. Suhu mengikut jenis oven masing-masing.
- Apabila sudah siap dibakar dan berwarna kekuningan, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Sunita Sabtu
Baca juga: Sedapnya Bingka Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa