Tercipta dengan tersendirinya… pelik kan? Untuk sarapan @ minum petang. Kuih ini akan melekat di atas pinggan @ piring disebabkan oleh karamel tadi. Jangan letak bertindih antara satu sama lain.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Crispy Sticky Caramel Bangle

Tercipta dengan tersendirinya… pelik kan? Untuk sarapan @ minum petang. Kuih ini akan melekat di atas pinggan @ piring disebabkan oleh karamel tadi. Jangan letak bertindih antara satu sama lain.

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji ubi keledek saiz sederhana
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 camca besar gula
  • *** Bahan salut :
  • 4 camca besar gula
  • 1/4 cawan air
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus keledek hingga empuk. Tos dan lenyekkan. Masukkan gula dan kacau hingga gula hancur.
  • Masukkan tepung dan uli hingga sebati. Kuantiti tepung bergantung kepada citarasa sendiri. Jika mahukan lebih rasa keledeknya, kurangkan tepung sedikit. Jika tidak, boleh lebihkan tepung.
  • Bentukkan adunan seperti gelang tangan yang besar @ kecil2 molek.
  • Goreng dengan api sederhana hingga kekuning2an. Angkat dan toskan minyaknya
  • Panaskan air untuk buat salutan hingga mendidih. Masukkan gula dan kacau hingga rata. Biarkan sekejap hingga gula nampak keperang2an. (macam gula hangus). Kacau rata hingga pekat.
  • Masukkan keria yang telah digoreng tadi dan kacau rata2. Goreng lagi hingga gula melekat pada keseluruhan kuih. Angkat untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN