ni resepi dari maktam aku resepinya mudah sahaja…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

lepat mardi

ni resepi dari maktam aku resepinya mudah sahaja…

BAHAN-BAHAN

  • 2 ketul ubi kayu sedang
  • gula ikut manis
  • 4 sd bsr gula merah
  • setengah biji kelapa muda diparut (ambil putihnya sahaja)
  • sagu dari perahan ubi
  • 1/2 cawan air
  • daun pisang yang telah disalai secukupnaya
CARA PENYEDIAAN
  • Parut ubi kayu kemudian masukkan ke dalam kain perahan kelapa. Perah hingga kering airnya.
  • Biarkan air perahan itu mendak anggaran 20min.
  • Jerang gula merah dengan setengah cawan air hingga larut. Kemudian tapis.
  • Buangkan air perahan tadi perlahan-lahan dan ambil sagu yang telah mendak itu.
  • Gaulkan parutan ubi kayu dengan sagu, gula merah yang telah ditapis, gula ikut manis dan kelapa parut.
  • Bungkus ke dalam daun pisang dan kemudian kukus selama setengah jam.
  • Setelah masak bolehlah dihidangkan dan dimakan panas-panas.
  • Jika adunan terlalu pekat, boleh tambah air. Pekat adunnannya seperti membuat cekodok pisang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN