resepi ni saya reka sendiri, kononnya nak ikut mcam ala2 chinese style tapi x berapa nak jadi, so saya ubah dgn cara sendiri, boleh laa cuba sndiri ya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sotong goreng tepung berlada

resepi ni saya reka sendiri, kononnya nak ikut mcam ala2 chinese style tapi x berapa nak jadi, so saya ubah dgn cara sendiri, boleh laa cuba sndiri ya.

BAHAN-BAHAN

  • 1kg sotong
  • 1kotak tepung goreng ayam kentucky
  • 2biji telur (ambil yg putih saja)
    perlu dipukul tlebih dahulu
  • 400 gram gajus (digoreng dan asingkan)
  • 4 tangkai daun bawang (dipotong dlm 3inci)
  • 1 labu bawang besar (di hiris)
  • 5 tangkai cili kering (digoreng dan asingkan)
  • 5 sudu besar cili boh (terpulang pada individu jika mau pedas)
  • garam dan sedikit gula, ikut rasa masing2
  • 1 peket kecil sohoon (digoreng dan asingkan)
  • 1 kiub ikan bilis
  • sedikit sos thai
CARA PENYEDIAAN
  • bersihkan sotong kemudian potong kecil, toskan airnya.
  • Pukul putih telur, celup sotong kedalam putih telur, kemudian masuk kedalam tepung goreng ayam kentucky dan goreng sehingga kekuningan dan asing kan.
  • Gorengkan gajus, cili kering, sohoon dan ketepikan
  • Tumis bawang putih dan merah yg telah dikisar sehingga naik bau kemudian masukkan cili boh, 1 kiub ikan bilis, garam gula dan cili sos thai secukup rasa.
  • Kemudian masukkan sotong goreng tepung dan gaul rata, setelah smuanya sebati dgn smbal boleh laa di masukkan cili kering, bawang besar yang di mayang, daun bawang dan gajus, gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan sohoon goreng dan gaul smuanya sehingga sebati. siap untuk dihidang,

    Selamat Mencuba….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN