Resepi agar-agar lapis yang mudah..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Agar-agar Lapis

Resepi agar-agar lapis yang mudah..

BAHAN-BAHAN

  • • 1 bungkus agar-agar tali (30gm)
  • • 1550ml air
  • • 70gm gula
  • • ½ cwn gula merah
  • • ¼ cwn susu pekat manis
  • • sedikit pewarna merah dan ungu atau apa2 warna
CARA PENYEDIAAN
  • Masak agar-agar bersama air dan gula sampai agar-agar hancur. Kemudian tapis dan bahagikan kepada 4 bahagian.
  • Bahagian pertama (dalam periuk kecil) masukkan gula merah.Masak seketika sehingga gula larut. Tapis dan ketepikan.
  • Bahagian kedua campurkan dengan susu pekat.Kacau dan ketepikan.
  • Bahagian ke-3 dan 4 letakkan sedikit pewarna kesukaan masing2. Saya guna merah, ungu dan sikit je utk hijau.
  • Untuk buat lapisan, tuangkan bahagian berwarna merah dahulu.Biarkan separuh keras sebelum tuangkan lapisan putih dan begitulah seterusnya untuk lapisan warna ungu dan gula merah.
  • Tips untuk agar-agar cepat keras, letakkan loyang dalam bekas yg lebih besar yg sudah diletak beberapa ketul air batu dan air sejuk peti.
  • Untuk mengelakkan agar2 yang belum dibuat lapisan dari cepat mengeras pulak, sy letakkan mangkuk tu dalam bekas lain yg diisi separuh air panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN