kuih apam

Mak-mak yang selalu buat kuih pada masa lapang pasti sudah banyak kali buat kuih Apam Mekar di rumah. Jika masih belum berjaya, anda boleh cuba resipi ini.

Dalam banyak-banyak jenis kuih yang digelar apam, kuih Apam Mekar adalah antara pilihan disukai ramai, malah ada yang buat untuk berniaga.

Betapa puasnya jika dapat buat kuih Apam Mekar yang kembang cantik. Oleh itu, kami kongsikan resipi daripada Seri Ramlan di Facebook untuk anda cuba.

Baca juga: Resipi Apam Gula Melaka, Lebih Nikmat Makan Dengan Kelapa Parut

RESIPI KUIH APAM MEKAR

kuih apam

 

Bahan-bahan:

  • 250gram tepung gandum (saya guna Bakers Choice)
  • 150gram gula pasir
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh ovalet
  • 210gram susu full cream (saya guna Dutch Lady)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur
  • Essen vanila

Cara-cara:

1. Ayak tepung gandum dan susu tepung ke dalam bekas.

2. Masukkan susu full cream, garam, telur, gula pasir dan essen vanilla, kemudian mix perlahan sehingga sebati dan tak berketul. Tak perlu kelajuan tinggi waktu ini, bagi semua campur rata dahulu.

3. Masukkan ovalet, baru naikkan kelajuan, pukul sehingga adunan kembang dan tekstur pucat dalam masa lebih kurang 7 minit mengikut ikut kuasa mixer masing-masing.

4. Matikan mixer dan bahagikan kepada beberapa adunan, kemudian letak pewarna.

5. Panaskan pengukus, tapi jangan terlalu banyak air, kemudian didihkan.

6. Tuang adunan dalam acuan yang sudah diletakkan paper cup sehingga penuh supaya mekar cantik nanti.

7. Susun dalam pengukus, tapi jangan isi banyak. Jika pengukus itu kecil, isi 6 atau 8 acuan saja mengikut saiz pengukus.

8. Jika guna acuan lompang, kukus dalam 10 minit. Jika guna acuan plastik, lebihkan 2 minit. Gunakan api dapur yang besar dan kukus sehingga masak. Siap untuk dinikmati!

kuih apam

Seronok apabila dapat hasil kuih Apam Mekar yang cantik begini. Jika praktis banyak kali, pasti anda sudah mahir membuatnya nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Seri Ramlan

Baca juga: Cara Buat Apam Nasi Secara Kukus, Hasil Lebih Cantik Dan Gebu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN