sambal tempe

Sering lihat kedai nasi campur menghidangkan Sambal Tempe Kentang Ikan Bilis yang sedap tak terkata, tapi sudahkah anda tahu cara membuatnya?

Tempe ialah makanan diperbuat daripada pemerapan kacang soya yang memang sangat terkenal di Asia Tenggara dan dipercayai berasal dari Jawa, Indonesia.

Sambal Tempe Kentang Ikan Bilis dibuat dengan menggunakan pelbagai jenis rempah ratus yang memberikan rasa pedas beraroma yang sangat lazat.

Nur Masri telah kongsikan cara buat Sambal Tempe Kentang Ikan Bilis di Facebook untuk anda cuba di rumah.

Baca juga: Sambal Ikan Bilis TERPALING Senang, Jangan Skip Langkah Ini Kalau Nak Garing

RESIPI SAMBAL TEMPE KENTANG IKAN BILIS

sambal tempe

Bahan-bahan:

  • 4 paket tempe (dihiris nipis dan goreng garing)
  • 5 biji ubi kentang (disagat nipis dan goreng garing)
  • 2 genggam ikan bilis (digoreng garing)
  • 2½ sudu makan gula (ikut selera masing-masing)
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit bahan perasa
  • Air asam jawa
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan kisar halus:

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan bahan kisar.

2. Tambahkan gula, garam, bahan perasa dan air asam jawa, kemudian masak sehingga pecah minyak dan sambal garing.

3. Tambahkan air, kemudian biarkan sambal mendidih dan menjadi pekat.

4. Masukkan tempe dan ubi kentang yang telah digoreng tadi, kemudian kacau sehingga sebati.

5. Seterusnya masukkan ikan bilis yang digoreng garing, kemudian kacau lagi sehingga semua bahan sekata dan tutup api dapur. Siap untuk dihidang!

sambal tempe

Sesiapa yang memakan Sambal Tempe Kentang Ikan Bilis ini pasti dapat merasai pedas sambal dan rangup tempe, kentang dan ikan bilis yang membuat selera terangkat.

Jika suka, anda boleh letak kacang tanah yang rangup dalam resipi ini dan pastinya ia membuat hidangan anda bertambah enak.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Resepi Kacang Sira Sambal Pedas Manis, Teringat Zaman Sekolah Dulu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN