Salah satu cara untuk menikmati Kopi Superpower 5in1 Kacip Fatimah Dan Kolagen. Kopi yang mengandungi Kacip Fatimah dan Kolagen yang telak diekstrak ini sesuai untuk wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roll Cake Kacip Fatimah

Salah satu cara untuk menikmati Kopi Superpower 5in1 Kacip Fatimah Dan Kolagen. Kopi yang mengandungi Kacip Fatimah dan Kolagen yang telak diekstrak ini sesuai untuk wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.

BAHAN-BAHAN

CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan Kopi Superpower 5in1 Kacip Fatimah Dan Kolagen (Seperti yang di dalam gambar) dengan 3 sudu besar air panas. Kacau dan ketepikan.
  • Alaskan dulang oven dengan kertas minyak/oven paper. Panaskan oven sehingga suhu 180 darjah celcius
  • Letakkan separuh gula ke dalam putih telur. Pukul telur sehingga kembang atau bertanduk.
  • Letak separuh gula lagi ke dalam kuning telur. Pukul sehingga putih. Kemudian masukkan sebatian Kopi Superpower 5in1 Kacip Fatimah Dan Kolagen yang telah disejukkan tadi. Kacau sehingga sekata.
  • Masukkan 1/2 dari no.3 ke dalam no.4. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung yang telah diayak ke dalam no.5 tadi. Kacau lagi sehingga semuanya sebati.
  • Masukkan pula lebihan no.3 tadi ke dalam no.6. Kacau perlahan-lahan dengan spatula dengan cara kaup balik.
  • Masukkan adunan ke dalam dulang oven. Pusing-pusingkan dulang oven supaya jadi rata. Ketuk sedikit bahagian bawah untuk keluarkan angin.
  • Bakar adunan selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sejukkan.
  • Sementara itu sediakan krimnya.
  • Campurkan Kopi Superpower 5in1 Kacip Fatimah Dan Kolagen dengan air panas dan sejukkan.
  • Pukul whipping cream dengan gula secara perlahan-lahan sehingga agak pekat. Masukkan sebatian kopi tadi. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim. Simpan dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.
  • Sediakan sirap: Campurkan gula dengan air sehingga gula larut.
  • Apabila kek dah sejuk. Sapukan permukaan kek dengan sirap tadi. Kemudian letakkan krim. Gulung kek kemas-kemas.
  • Balut kek dengan plastic wrap. Simpan dalam lebih kurang 1-2 jam sebelum dipotong.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN