resepi kek oren

Resepi kek oren adalah salah satu kek klasik yang tidak muak dimakan. Resipi ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi juga memerlukan bahan-bahan yang mudah didapati.

Apa yang membuatkan kek ini istimewa adalah rasanya yang sangat sedap, terutamanya apabila dinikmati dalam keadaan panas. Tekstur kek juga sangat lembut dan mempunyai rasa yang menyegarkan dari parutan kulit oren.

Di samping itu juga, kek ini mempunyai kenangan istimewa buat mereka yang pernah mengambil subjek Kemahiran Hidup pada tingkatan 2. Mereka bukan saja belajar kemahiran asas dalam pembuatan kek, tetapi juga mencipta memori manis yang akan dikenang.

Jika ada yang rindu ingin menikmati kek ini, ayuh kita buat sendiri di rumah menggunakan resipi di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca  juga: Cara Buat Kek Pandan ‘Fluffy’, Bila Makan Terasa Seperti Di Awang-Awangan

RESEPI KEK OREN

Bahan-bahan:

  • 120 gm tepung kek (Blue Key)
  • 120 gm buttercup
  • 2 biji telur
  • 120 gm gula halus
  • Parutan kulit oren dari sebiji oren

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 165°C.
  2. Grease dan lapik acuan kek 6 x 4 inci dengan kertas minyak.
  3. Ayak tepung kek dan ketepikan.
  4. Dalam mangkuk besar, pukul buttercup dan gula halus sehingga adunan menjadi ringan dan gebu.
  5. Tambahkan telur satu persatu ke dalam adunan butter dan gula, pukul sehingga sebati.
  6. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan sehingga rata.
  7. Masukkan parutan kulit oren dan gaul rata.
  8. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disediakan.
  9. Bakar dalam oven selama 20-30 minit di rak bawah atau sehingga kek masak dan kekuningan. Uji dengan memasukkan pencungkil gigi ke dalam tengah kek; jika keluar bersih, kek sudah masak.
  10. Biarkan kek sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari acuan dan dipotong.
  11. Selamat mencuba dan menikmati kek oren yang sedap ini!

Kredit resipi dan gambar: Azizah Salleh

Baca juga: Resipi Kek Kelapa Cara Orang Lama, Bau Harum Semerbak Satu Rumah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN