belimbing buluh

Selain dijadikan jeruk, sebenarnya anda boleh buat manisan yang sedap dengan menggunakan Belimbing Buluh.

Buah ini juga mempunyai nama lain iaitu belimbing asam, merupakan sejenis tanaman yang banyak didapati di Malaysia dan Indonesia.

Tak sama seperti belimbing biasa, bentuk buah ini lebih kecil dan panjang, serta ia jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam.

Baca juga: Kerabu Belimbing Buluh Daun Selom, Ratah Macam Gitu Pun Sedap!

Namun, anda boleh buat manisan sedap menggunakan buah ini dengan mengikut cara yang dikongsikan oleh Sri Sal di Facebook. Jom cuba!

CARA BUAT MANISAN GUNA BELIMBING BULUH

belimbing buluh

Bahan-bahan:

  • 2kg belimbing buluh (pilih yang tua kerana bagus tak terlalu masak)
  • ½kg gula (jika kurang manis boleh ditambah sesuai selera)
  • 1 sudu teh kapur sirih
  • Air secukupnya

Cara-cara:

1. Bersihkan hujung pangkal buah, cuci, lalu direndam di air kapur sirih kurang lebih 2 jam.

2. Cuci bersih, kemudian tiriskan.

3. Rebus sebahagian gula dengan 1 liter air sehingga mendidih, kemudian masukkan buah dan rebus sehingga mendidih lagi. Matikan api dapur dan inapkan sehari semalam.

4. Kemudian, saring buah tersebut.

5. Rebus sisa gula dengan 1 liter air lagi, kemudian matikan api dapur.

6. Masukkan buah, kemudian inapkan sehari semalam lagi.

6. Akhir sekali, jemur selama 3 hingga 4 hari. Siap untuk dinikmati!

belimbing buluh

Belimbing Buluh terhasil sangat banyak apabila pokoknya berbuah, ramai risau sampai tak tahu nak buat apa.

Nasib baik ada yang ajar cara buat manisan yang mudah ini, bolehlah manfaatkan buah ini sebaiknya di rumah.

Buah yang hampir masak boleh digunakan sebagai penyedap rasa dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencicah untuk sayur-sayuran tradisional.

Selain buat manisan di atas, anda juga boleh gunakan buah ini untuk hilangkan rasa dan bau hanyir pada ikan air tawar atau ikan sungai.

Selamat mencuba!

Sumber: Sri Sal

Baca juga: Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh Versi Mudah, Guna Je Cara Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN