sesuai untuk majlis2 keramaian.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Kaswi Serikaya™

sesuai untuk majlis2 keramaian.

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN2 KASWI :-
  • 250 g tepung gandum
  • 60 g tepung ubi/sagu
  • 200 g gula melaka – diracik
  • 100 g gula pasir
  • 1 sk air kapur
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • 1 sk pewarna choc.
  • BAHAN2 SERIKAYA :-
  • 3 biji telur
  • 1 1/4 cawan santan pekat (300ml) – dr 1/2 biji kelapa parut
  • 200 g gula halus
  • 1 sb tepung beras
  • secubit garam
  • 1/2 sk esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning
  • acuan kuih lompang secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • UTK KASWI:-
  • Masak gula melaka,gula pasir bersama air dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut.Sejukkan.Tapis.
  • Campurkan kedua2 tepung bersama air gula,air kapur dan pewarna choc. dan gaul rata dan tapiskan sekali lagi.
  • Tuang adunan ke dlm acuan lompang yg telah disapu minyak dan dipanaskan dulu.Kukus hingga selama 15 min.
  • Sambil menunggu bahagian kaswi masak,sediakan serikayanya pula :-
  • Satukan kesemua bahan2 serikaya di dlm periuk dan kacau rata,tapis,kecuali acuan lompang lah…
  • Masak di atas api perlahan sehingga naik wap sahaja.
  • Tuangkan serikaya di atas kaswi tadi dan kukus semula hingga 15-20 min atau hingga masak.
  • Biarkan kaswi serikaya benar2 sejuk dan bolehlah dikeluarkan dari acuannya dan siap utk di hidangkan.
  • ***air gula untuk bahagian kaswi hendaklah benar2 sejuk,jika tidak kaswi tidak akan lembut.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN