crispy waffle

Siapa di sini peminat crispy waffle? Kalau inti kacang mentega bersama coklat, tambah pula teksturnya rangup di luar dan lembut di dalam. Memang bikin ketagih!

Kalau lalu depan kedai waffle ini, memang bagaikan dipukau. Wajib beli satu, kan? 

Tapi, untuk dapat tekstur yang best ada caranya. Adunan resipi ini untuk 17-20 keping dan sesuai untuk dibuat berniaga.

Jom baca bersama!

Baca juga: Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Yang Pekat & Tak Cair, Ada 3 Petua Kena Ikut!

RESIPI CRISPY WAFFLE

Bahan-Bahan:

  • Tepung cap Ros – 1 pek
  • Telur Gred A – 10 biji
  • Minyak – setengah packet (500 ml)
  • Susu cair Dairy Champ – 2 tin
  • Air – 250 ml
  • Gula – 250 g
  • Garam – 1 sudu besar
  • Baking powder – 3 sudu besar
  • Soda bicarbonate – 1 1/2 sudu besar
  • Esen vanilla – 1 penutup esen

Cara Penyediaan:

1. Masukkan telur ke dalam mangkuk besar dan whisk sehingga agak kembang.

2. Tambahkan minyak, esen vanila, susu cair, air, gula, dan garam ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati.

3.  Masukkan tepung, soda bicarbonate, dan baking powder sedikit demi sedikit ke dalam campuran telur tadi. Whisk hingga semua bahan sebati.

4. Adunan ini boleh dibakar mengikut kesesuaian waffle maker masing-masing. Saya menggunakan waffle maker industri.

Mudah sahaja yang penting jangan derhaka resipi!

Sumber: Izzy Shafie

Baca juga: Siakap Kengsom Thai, Ikut Resipi Ini Sama Sedap Dengan Kedai Akak Tomyam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN