sos black pepper

Seorang pengguna laman sesawang Facebook berkongsikan cara buat sos black pepper yang padu dan sedap.

Menurut Nohani Derhaman, resipi ini dipelajar dari ibunya dan turut digunakan untuk berniaga atau makan sendiri.

Sos black pepper ini biasanya dijadikan kuah untuk chicken chop, ayam grill, bebola daging dan sebagainya lagi.

Kalau nak tahu apakah bahan yang digunakan serta cara membuatnya, mari ikuti resipi lengkap di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Grilled Chicken Chop, Tak Guna Minyak Tapi Kulit Garing Elok!

CARA BUAT SOS BLACK PEPPER HOMEMADE

sos black pepper

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang holland, dicincang halus
  • 6 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 helai bay leaf
  • 1 sudu besar mix herb
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan demi-glace (dibancuh dengan 1 jag kecil air)
  • Suku keping butter
  • Chicken stock, garam, dan gula secukup rasa
  • 3-4 sudu lada hitam yang dimesin (sedang)
  • Lada hitam terpulang nak pedas atau kurang pedas

Cara-cara:

  1. Panaskan butter. Tumiskan bawang holland dengan mix herb dan bay leaf. Bila naik bau, masukkan bawang putih.
  2. Kacau rata dan masukkan lada hitam. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan air demi-glace. Kacau lagi 7-8 kali dan masukkan susu cair. (Jika tak tahu apa itu demi-glace, cari di bahagian chicken stock di pasaraya. Pakai jenama apa-apa saja)
  4. Bila semuanya dah nampak sebati, masukkan chicken stock, garam, dan gula. Kacau hingga masak dengan api sederhana.
  5. Jika sos pekat, masukkan air panas sebanyak yang dikehendaki.

Kredit resipi dan gambar: Norhani Derahman

Baca juga: Resipi Grilled Chicken Chop, Tak Guna Minyak Tapi Kulit Garing Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN