Entri hari ini merupakan menu berasaskan Chinese style iaitu resipi ayam kung pao. Cara pembuatannya sangat mudah dan kalau ikut tekak melayu, haruslah pedas sikit.
Rasa pedas itu datang dari cili kerang dan rasa lemak daripada gajus yang dimasak sekali. Memang sedap kalau digandingkan dengan nasi putih panas-panas.
Anda yang baru cuba resipi ini mesti terus jatuh hati. Belum cuba, belum tahu, kan? Jom baca resipi bawah ini.
Baca juga: Resipi Sup Ikan Merah, Makan Bertambah Pun Tak Rasa Bersalah!
RESIPI AYAM KUNG PAO
Bahan-bahan:
Bahan perapan ayam:
- 400g atau 2 keping isi ayam
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar kicap cair
Bahan sos:
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar kicap cair
- ½ sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar gula
- 3-4 sudu besar air
Bahan lain-lain:
- 1 senduk minyak masak
- ½ mangkuk kecil gajus atau kacang tanah
- 6-7 tangkai cili kering
- 3-4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Capsicum (lada benggala)
- ¼ biji bawang holland atau bawang merah
- Daun bawang
Cara penyediaan:
1. Potong cili kering, bawang holland, daun bawang, bawang putih, dan halia.
2. Potong ayam dalam bentuk kiub dan gaulkan dengan tepung jagung serta kicap cair. Perapkan seketika.
3. Dalam bekas lain, satukan kicap manis, kicap cair, minyak bijan, tepung jagung, gula, dan air. Kacau sehingga semua bahan sebati.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng gajus atau kacang tanah sehingga keperangan, kemudian angkat dan ketepikan.
5. Goreng cili kering dalam minyak yang sama dan masukkan isi ayam yang telah diperap. Goreng sehingga ayam kelihatan keperangan.
6. Masukkan hirisan bawang putih dan halia ke dalam kuali. Gaul sehingga naik bau.
7. Masukkan capsicum, bancuhan sos, sedikit air (jika perlu), bawang holland, dan gajus. Gaul rata.
8. Tambahkan garam jika perlu.
9. Masukkan daun bawang dan teruskan memasak sehingga semua bahan masak sempurna.
10. Ayam Kung Pao kini siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Junainah Zanil
Baca juga: Tip Simpan Petai Supaya Tahan Lama, Lebih Setahun Pun Masih ‘Fresh’!