Dinamakan ayam tandoori “perantau” sbb ada bhn yg tak dimasukkn. Walaupun tdk dibakar dlm tandoor tapi masih blh rasa ke-tandoori-annya :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Tandoori Perantau

Dinamakan ayam tandoori “perantau” sbb ada bhn yg tak dimasukkn. Walaupun tdk dibakar dlm tandoor tapi masih blh rasa ke-tandoori-annya :)

BAHAN-BAHAN

  • 6-8 ketul potongan ayam (ikut bahagian mana yg disukai)
  • Jus lemon secukupnya utk disapu pada ayam
  • 1 ulas bwg merah*
  • 3-4 ulas bwg putih*
  • ½ inci halia*
  • 1 sdk serbuk jintan putih**
  • 2 sdk serbuk ketumbar**
  • 1 sdb jus lemon**
  • 1 sdk garam**
  • ½ sdk serbuk cili** (blh tambah jika ingin lebih pedas)
  • 1 cwn plain yoghurt**
  • Sedikit pewarna merah
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam satu bekas, sapu & gaul rata semua ayam dgn jus lemon. Perapkan dlm 30-45 minit.
  • Dalam bekas yg lain, gaul rata kesemua bhn kisar(*) dgn bhn2 lain(**) utk dijadikan pes. Kemudian masukkan beberapa titik pewarna merah, kacau sebati pes (biar warna pes merah pekat sedikit).
  • Tuang & tabur pes ke dalam bekas ayam yg dh diperap td. Pastikan smua ayam disaluti pes. Perap dlm 2-4 jam, dlm peti sejuk; jika ingin rasa perapan yg lebih sedap, perap semalaman.
  • Utk bakar, susun ayam atas wire rack (yg diletak atas loyang pembakar) & bakar ayam dlm preheated oven (180C) atau boleh digril – hgga ayam empuk (masak). Smbil bakar/gril, blh sapukn lebihan pes td (jika ada lg) pd ayam – supaya biar naik aroma ayam tandoori.
  • Perah limau nipis atas ayam tandoori sebelum dijamah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN