inti karipapInti karipap memainkan peranan penting dan bukan hanya bergantung kepada kulit semata-mata. Tetapi, cara macam mana nak buat inti sedap ?

Resipi inti ini sangat senang untuk anda cuba dan jangan lupa wajib buat lebih supaya boleh frozen. Nanti kalau teringin, tinggal goreng sahaja.

Jom tengok resipi oleh Cik Puan Ogy Ahmad yang dikongsikan melalui laman sosial Facebook milik beliau.

Baca juga: Resipi Agar-Agar Cendol Yang Lembut & Lemak Manis, Makan Sejuk Lagi Nikmat!

RESIPI INTI KARIPAP 

Bahan-bahan Inti Karipap:

  • 3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • 1 keping dada ayam (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu udang kering atau ikan bilis (ditumbuk)
  • 1/2 bungkus kecil rempah kari daging atau ikan
  • 2 sudu cili kisar
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan Inti:

1. Panaskan minyak (jangan terlalu banyak) dalam kuali.

2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.

3. Masukkan cili kisar dan biarkan hingga pecah minyak.

4. Tambahkan rempah kari yang telah dicampur sedikit air dan kacau rata.

5. Masukkan udang kering atau ikan bilis, kemudian masukkan ayam. Kacau sehingga ayam separuh masak.

6. Masukkan kentang bersama 5 cawan air. Masak sehingga agak pekat.

7. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat.

8. Akhir sekali, masukkan daun sup dan daun bawang. Jika kentang masih kurang empuk, tambahkan sedikit lagi air.

Bahan-bahan Kulit Karipap:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1/4 cawan minyak
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • Air sejuk dari peti ais secukupnya

Cara Penyediaan Kulit Karipap:

1. Panaskan minyak bersama marjerin dalam kuali.

2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras, dan garam.

3. Tuangkan minyak panas bersama marjerin ke dalam campuran tepung. Gaul dengan sudip sehingga sebati dan berderai.

4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.

5. Rehatkan doh sekejap untuk membiarkannya “mengambil nafas”.

6. Kemudian, canai doh dan masukkan inti yang telah disediakan.

Sumber: Ogy Ahmad

Baca juga: Cucur Durian Anti Gagal, Lembut Dan Gebu Sampai Makan Berulang Kali

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN