Masakan simple. Kalau balik kerja, dh penat sangat. Cepat n mudah disediakan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Bawal Goreng Tauchu

Masakan simple. Kalau balik kerja, dh penat sangat. Cepat n mudah disediakan

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan bawal sederhana besar
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 cm halia *
  • 1/2 biji capsicum merah – potong memanjang
  • 1/2 biji capsicum hijau – potong memanjang
  • 1 biji bawang besar – dihiris bulat2
  • 1 biji tomato – potong 8
  • 2 sudu besar tauchu Tamin
  • 1 sudu kecil asam jawa
  • sedikit gula
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan, letak kunyit dan garam, kemudian goreng hingga garing
  • Bila ikan dah garing, angkat dan masuk dalam pinggan lonjong
  • Tumbuk bahan-bahan bertanda * hingga hancur
  • Tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau
  • Masukkan bawang besar, kacau. Masukkan capsicum, kacau lagi
  • Masukkan tauchu. Jangan ambil airnya, masin!
  • Masukkan air asam dan sedikit air. Rasa… Selalunya tak perlu masukkan garam. Tauchu tu dah cukup masin.
  • Kalau dah termasin, masukkan sedikit gula. Sikit je… jangan sampai manis pulak.
  • Akhir sekali, masukkan tomato. Gaul suma sekali.
  • Masukkan ikan dan gaul hati-hati. Jangan sampai ikan hancur, lak
  • Hidangkan panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN