Pulut kuah santan memang sedap sekiranya dimakan bersama durian atau mempelam. Tapi, tanak pulut perlu ada cara dan teknik yang betul.
Salah cara, menanak pulut akibatnya akan terasa mentah dan tidak sedap.
Berikut adalah cara penyediaan hidangan ini yang ringkas dan mudah yang dikongsikan oleh Cik Puan Naimah Kasim.
Baca juga: Seri Muka Durian Sukatan Cawan, Masuk 4 Sudu Bahan ‘Rahsia’ Ini Untuk Hasil Cantik!
RESIPI TANAK PULUT
Bahan-bahan:
- Pulut
- Air
- Garam
- Santan
- Gula
- Tepung jagung
- Daun pandan
- Durian atau pelam
Cara-Cara Menanak Pulut:
1. Basuh beras pulut dengan bersih. Tidak perlu merendam beras pulut.
2. Masukkan beras pulut ke dalam periuk dan tambahkan air seperti memasak nasi. Jangan kacau pulut semasa proses ini supaya pulut tidak hancur.
3. Biarkan air mendidih dengan kuat.
4. Apabila air mendidih, perlahan api dan buang air yang tinggal sedikit sahaja di dalam periuk. Dilarang mengacau pulut selepas air dibuang.
5. Tutup periuk dengan penutup dan masak dengan api perlahan.
6. Dalam beberapa minit sahaja, pulut akan masak dengan elok.
7. Pulut akan kelihatan cantik dan tidak patah-patah.
8. Pulut tanak ini sangat sedap dimakan bersama durian atau pelam dengan kuah santan.
Cara-Cara Menyediakan Kuah Santan:
- Santan Asli:
- Dahulu, arwah ibu beliau menggunakan santan segar dari kelapa yang dikukur dan hanya menambah garam. Kuah santan ini tidak perlu dimasak.
- Santan Gaya Siam:
- Sekarang, terpengaruh dengan cara Siam, santan dimasak sekejap di atas api perlahan.
- Boleh masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah.
- Tambahkan gula dan garam secukup rasa serta daun pandan untuk menambah aroma.
- Kacau kuah santan selalu supaya tidak pecah minyak.
Sumber: Naimah Kasim
Baca juga: Apam Gula Hangus Kukus, Ikut Resipi Ini Pasti Dapat Cantik Berongga!