Resipi ini dari mak saya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pau Kacang Merah

Resipi ini dari mak saya.

BAHAN-BAHAN

  • 600 g tepung gandum/tepung pau (saya gunakan Super Lite Flour)
  • 8 g yeast kering
  • 100 g gula pasir (dimasak bersama 1 cawan air sehingga gula larut)
  • 130 ml air
  • daun pisang (beberapa helai, dipotong empat persegi; 7cm x 7 cm)
  • Inti kacang:
  • 200 g kacang merah
  • air secukupnya ( utk rebus kacang)
  • gula pasir (secukup rasa)
  • beberapa helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Masak gula sehingga larut bersama secawan air.
  • Campurkan yeast bersama air gula yang masih suam. Tunggu sehingga yeast berbuih dan kembang.
  • Apabila yeast sudah berbuih dan kembang, masukkan tepung dan gaul. Masukkan air (130 ml) dan uli sehingga dough sebati dan lembut. Tunggu sehingga dough naik 2x.
  • Panaskan kukus. Ambil sedikit dough dan masukkan inti kacang. Bulat-bulatkan dan alas dgn daun pisang. Tunggu sehingga pau naik sekali lagi sebelum dikukus dengan api yang besar selama lebih kurang 10 mins.
  • Inti Kacang: Campur semua bahan dan masak sehingga kacang kembang dan pekat/kering. Sejukan sebelum dimasukkan kedalam dough pau. Boleh juga dimasak di dalam slow cooker.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN