masakan ‘ala sushi’ dan jg masakan tradisi kaum Melanau di Srwk. Resepi ini menggunakan udang selain ikan/sotong. Ianya sgt enak dan tdk hanyir krn tlh diawetkan dgn pelbagai ramuan utk menghilangkan baunya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Umai Udang

masakan ‘ala sushi’ dan jg masakan tradisi kaum Melanau di Srwk. Resepi ini menggunakan udang selain ikan/sotong. Ianya sgt enak dan tdk hanyir krn tlh diawetkan dgn pelbagai ramuan utk menghilangkan baunya.

BAHAN-BAHAN

  • 5 ekor udang sederhana (dibuang kulit, dicuci dan dipotong kecil2)
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci belacan*
  • 1 biji cili merah*
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 3 biji cili api (dihiris) – optional
  • 1 sudu mkn kacang tanah (yg tlh digoreng dan dikisar)
  • 1 sudu makan cuka
  • 5 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • sedikit garam dan gula
  • utk hiasan(jika suka) : daun kunyit, daun sup, daun ketumbar, hirisan serai.
CARA PENYEDIAAN
  • Perapkan udang bersama perahan limau dan garam di dlm satu bekas/mangkuk dan biarkan seketika. Gambar menunjukkan isi udang yang tlh dihiris. Kalau nak hiris memanjang pun ok.
  • Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat. (cili merah boleh ditumbuk atau dihiris shj)
  • Masukkan bahan * dan kesemua bahan yg selebihnya ke dlm bekas/mangkuk perapan udang td. Gaul sampai sebati. Gambar menunjukkan bahan-bahan yg digunakan utk memerap udang.
  • Perapkan di dlm peti sejuk sekurang2nya 1 jam ( udang tersebut akan masak sendiri setelah dicampurkan dgn bahan2 td) gambar menunjukkan umai yang baru diperap sebelum masak.
  • Hidangkan dgn nasi panas. Memang sedap.
  • **ikan segar yg sgt sedap dibuat umai ialah ikan tenggiri (paling popular), terubuk, bawal dan ikan merah. Cara penyediaannya sama seperti di atas. Cume dayang ade tmbh2 sket.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN