Sesuai bg yg meminati nasi ala2 timur tgh…resepi dr Bonda tercinta…Selamat Mencuba pasti takkan kecewa !
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Arab Berempah
Sesuai bg yg meminati nasi ala2 timur tgh…resepi dr Bonda tercinta…Selamat Mencuba pasti takkan kecewa !
BAHAN-BAHAN
- 6 ketul ayam
- 4 ulas bwg merah
- 3 ulas bwg putih
- 1 inci halia
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 kuntum bunga lawang
- 1 btg kulit kayu manis
- 1 kiub ayam
- 1/2 sdk jintan manis
- 1/2 sdb lada hitam
- 1/2 sdk jintan putih
- 3 cwn beras basmathi
- 5 cawan air
- 2 sdb minyak sapi
- 1/2 biji bwg besar – di mayang
- 1/2 cawan sos tomato
- 2 sdb rempah kurma
- Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
- Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
- Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
- Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
- Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.