salah satu masakan mi hasil ilham mak dan dayang sendiri. Cubalah resepi ni, pasti x mengecewakan anda…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Kari

salah satu masakan mi hasil ilham mak dan dayang sendiri. Cubalah resepi ni, pasti x mengecewakan anda…

BAHAN-BAHAN

  • Untuk Kuah :
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • segenggam udang kering*
  • 500 gm keledek merah (direbus dan dikisar sampai hancur)
  • 2 camb tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
  • 4-5 camb kari ayam Adabi (dijadikan pes)
  • 2 camb kerisik (buat sendiri)
  • rempah 4 sekawan
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4 camb minyak masak
  • Bahan2 Lain:
  • 1 kilo mi kuning (dicelur)
  • tauge (dicelur)
  • 5 biji telur rebus dan dibelah dua
  • sedikit daging yg tlh direbus (dipotong dadu kecil)
  • tauhu goreng (dihiris)
  • limau kasturi – optional (tp rasanya ttp sedap tanpa perahan limau)
  • sawi (dicelur)
  • Lain2 utk Hiasan : daun bawang, daun sup, bawang goreng, cili merah
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk memasak kuah, kisar kesemua bahan yang bertanda * sampai lumat
  • Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis rempah 4 sekawan sampai wangi dan barulah dimasukkan bahan2 yg tlh dikisar td. Kacau lg sampai keperangan.
  • Masukkan pes kari dan tumiskan sampai pecah minyak. Perlahankan api ketika menumis.
  • Kemudian masukkan keledek yg tlh dikisar bersama air yg secukupnya. Kacau rata2 dan biarkan mendidih.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau perlahan2. Slps itu, masukkan pula kerisik, garam dan gula secukup rasa. Kacau lama sedikit sehingga kuah btl2 masak dan pekat (klu xnk pekat sgt, bleh le tmbh air sedikit)
  • Di dlm mangkuk, masukkan mi dan bahan2 lain dan tuangkan kuahnya serta hiaskan dgn daun bawang, daun sup, bawang goreng dan cili merah.
  • Hidangkan panas2.
  • **jika x suke daging bleh diganti dgn ayam, udang, fishcake dsbnya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN