Resipi mudah, tapi sangat sedap

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Ayam Hijau

Resipi mudah, tapi sangat sedap

BAHAN-BAHAN

  • 2 ketul ayam (mana2 bahagian yg disukai)
  • 2 pokok daun sup
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan garam (atau secukup rasa)
  • 6 sudu makan minyak zaitun
  • 1.5 pot beras
  • Segenggam cili padi
  • Belacan secukup rasa
  • Jus dari 1 biji limau nipis
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • Hirisan tomato/timun/daun salad
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan daun sup (buang akarnya), 4 ulas bawang putih, minyak zaitun & garam secukup rasa ke dalam blender dan mesinkan hingga sebati, tetapi jangan terlalu halus. Jika perlu, masukkan sedikit air sekadar cukup untuk blender berfungsi. Bahagikan pes hijau ini kepada 3 bahagian.
  • Tanggalkan kulit ayam (jangan dibuang, kulit ayam akan diguna untuk memasak nasinya). Gunakan 1 bahagian pes hijau untuk dilumur pada ayam. Kemudian, grill kedua2 ketul ayam yg telah diperap td. Boleh juga dimasukkan ke dalam pan (tanpa minyak) dan dimasak atas kepanasan sederhana sambil membalik2kan ayam sampai la ayam masak luar dalam.
  • Untuk membuat nasinya, panaskan periuk nasi dan masukkan kulit ayam. Masak sehingga keluar minyaknya dan kulit ayam bewarna perang. Kemudian, masukkan 1.5 pot nasi, diikuti air (mengikut sukatan beras anda). Setelah nasi masak, gaulkan 1 bahagian pes hijau td ke dalam nasi degan menggunakan garpu.
  • Untuk membuat sambalnya, tumbuk cili api, 2 ulas bawang putih, belacan, garam & gula. Setelah lumat, tambahkan jus limau nipis & 1 sudu makan minyak zaitun. Kemudian, masakkan sambal atas api sederhana selama 5 minit.
  • Untuk menghidang, sendukkan nasi, atur sayur2an dan sambal ke dalam pinggan, beserta ayam. Untuk setiap ketul ayam, sapukan baki pes hijau ke atasnya, beserta 1 sudu makan kicap pekat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN