Sup yang lazat untuk dinikmati di depan tv :) Tersangat lah mudah untuk disediakan. Tak sampai 10 minit pun. Yang penting rasanya lemak berkrim sehingga menjilat sudu!!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sup Krim Cendawan dan Jagung
Sup yang lazat untuk dinikmati di depan tv :) Tersangat lah mudah untuk disediakan. Tak sampai 10 minit pun. Yang penting rasanya lemak berkrim sehingga menjilat sudu!!
BAHAN-BAHAN
- 1 paket Cream of Mushroom (saya guna Knorr)
- 1 mangkuk kecil cendawan butang dihiris nipis
- 1 mangkuk kecil jagung tin
- 2 ulas bawang putih dicincang
- sedikit daun herba kegemaran anda (saya guna dill)
- sedikit minyak zaitun untuk menumis
- 4-5 cawan air
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih. Kemudian masukkan cendawan, dan kacau sekejap sehingga layu.
- Masukkan jagung (dengan air jagung tu sekali). Saya guna jagung manis biasa, bukan yang berkrim.
- Masukkan 4 cawan air. Setelah air panas, masukkan serbuk Cream of Mushroom. Kacau sehingga mendidih. Sekiranya sup terlampau pekat, boleh tambahkan air.
- Setelah mendidih, tutup api dan masukkan herba dill. Siap untuk di makan.
- NOTA : Tak perlu garam kerana serbuk Cream of Mushroom tu dah ada garam. Saya cuma tambah sedikit serbuk lada hitam untuk kasi kick sikit.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.