Kaya adalah sejenis jem tradisional yang sangat popular di Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Banyak jenama jem kaya yang memiliki tekstur lembut dan rasa manis.
Kebiasaannya dihidangkan bersama roti bakar atau kuih muih tradisional. Kaya adalah perkataan Melayu yang bermaksud “kaya,” menggambarkan rasa mewah dan tekstur jem ini.
Asal usul jem kaya berkait rapat dengan pengaruh Portugis yang tiba di Nusantara pada abad ke-16. Dipercayai bahawa jem kaya adalah hasil adaptasi dari “kaya” Portugis, sejenis jem berasaskan kelapa yang dikenali sebagai “cocon”.
Sejak itu, jem kaya telah melalui pelbagai transformasi, namun bahan asasnya tetap sama iaitu telur, santan, dan gula.
Nak tahu 10 jenama jem kaya terbaik di Malaysia? Jom baca.
JENAMA JEM KAYA TERBAIK DI MALAYSIA
1. NATURAL’S PANDAN KAYA COCONUT EGG JAM
Jenama ini sedang mendapat tempat di hati penduduk Malaysia. Ini kerana, Natural Leaf Pandan Kaya Coconut Egg Jam ini tidak terlalu manis dan wangi dengan haruman kelapa. Sedap dinikmati bersama roti bakar dan sedikit mentega.
Bahan-bahan: telur, santan, gula, daun pandan, pewarna yang dibenarkan
Negara asal: Malaysia
Saiz: 280g
2. GARDENIA AUNTIE ROSIE’S NATURAL PANDAN KAYA
Jem kaya yang digemari sepanjang zaman adalah jem kelapa yang dibuat hanya menggunakan bahan ringkas tapi berkualiti tinggi. Jem ini sesuai untuk lapisan umur kerana tidak mempunyai sebarang perasa atau pewarna tiruan.
Bahan-bahan: santan, telur, karamel dan ekstrak daun pandan
Negara asal: Malaysia
Saiz: 230g
3. PENANG HOMEMADE HAINANESE PANDAN KAYA
Jem ini tidak terlalu manis dan rasa pandan yang pasti tidak buatkan anda kecewa. Hainanese pandan kaya ini boleh dijadikan makanan ketika bersantai bersama seisi keluarga. Jangan lupa dapatkan segera jem kaya ini.
Bahan-bahan: telur, santan, gula dan daun pandan
Negara asal: Malaysia
Saiz: 280g
4. NONA KAYA COCONUT JAM
Resipi kem kaya ini tentunya akan membuatkan anda mengimbau kenangan pada suatu ketika dahulu. Jem ini merupakan pilihan yang terbaik sekiranya inginkan rasa pandan yang asli. Nikmati bersama roti bakar dan secawan kopi panas. Memang sedap!
Bahan-bahan: gula, santan, tepung, serbuk telur (4%), pewarna yang dibenarkan (tartrazine E102, sunset yellow E110)
Negara asal: Malaysia
Saiz: 480g
5. PACKER PANDAN KAYA SPREAD
Packer pandan kaya spread ini sesuai untuk mereka yang mahukan kaya tanpa gula dan ‘diabetic-friendly’. Jem ini juga lazat dinimati bersama roti bakar, waffles ataupun ketika snacking hours. Anda boleh dapatkan di sekitar pasar raya berdekatan anda.
Bahan-bahan: maltitol, telur, santan, serbuk pandan, jus pandan, garam himalaya (Tiada pengawet, Tiada pewarna tiruan. Produk telah dipasteur.)
Negara asal: Malaysia
Saiz: 220g
6. AGROMAS SERI KAYA MADU
Tekstur yang lembut namun tebal merupakan gambaran tepat untuk jenama kaya ini yang membuatkan sesiapa yang merasanya tidak cukup satu botol. Tambahan pula, elemen manis madu menjadikan rasa lebih manis dan enak.
Bahan-bahan: telur, santan, gula, madu, pewarna dibenarkan.
Negara asal: Malaysia
Saiz: 280g
7. YEO’S SERI KAYA ORIGINAL
Yeos original seri kaya telah menjadi kaya pilihan rakyat Malaysia dari dahulu sehingga kini. Rasanya mengingatkan kita tentang nenek di kampung. Kaya ini terkenal dengan konsistensi yang tebal, rasa manis dan boleh dimakan dengan apa sahaja sepertinya dalan pembuatan kuih muih.
Bahan-bahan: gula, telur, kelapa, tepung gandum, kanji diubah suai, protein soya dan garam, perisa serta pewarna asal sintetik yang dibenarkan
Negara asal: Malaysia
Saiz: 300g
8. DOLLE TRADITIONAL KAYA
Rasa nostalgia jem kaya dan sedikit karamel merupakan rasa misi dolle traditional kaya ini. Rasanya tidak menjemukan terutama sekali jika dinikmati bersama secangkir kopi panas.
Bahan-bahan: gula, santan (28%), telur (14%), daun pandan, karamel
Negara asal: Malaysia
Saiz: 400g
9. OLD KL KAYA SPREAD
Jem ini menjadi kegemaran sepanjang masa kerana resepi yang diwarisi oleh turun temurun. Selain itu, penggunaan bahan semulajadi serta dipilih kemudian dimasak selama 9 jam menjadi rahsia kesedapan jem ini. Tekstur ini dikatakan lembut dan licin bak sutera serta keseimbangan antara rasa kelapa dan pandan.
Bahan-bahan: telur, gula, santan, daun kelapa
Negara asal: Malaysia
Saiz: 250g
10. FRESH BULK 100% NATURAL PANDAN KAYA COCONUT JAM
Jem ini menggunakan bahan gred premium yang menyebabkan ia mempunyai rangkaian peminat tersendiri di Malaysia ini. Penggunaan bahan-bahan yang berkualiti ini telah menghasilkan jem yang smooth ketika disapu di atas makanan. Selain itu, jenama ini juga enak jika dimakan begitu sahaja membuatkan berbaloi jika anda beli dan cuba!
Bahan-bahan: santan segar, gula aren, telur kampung, daun pandan
Negara asal: Malaysia
Saiz: 180g
Selamat membeli dan mencuba!
Sumber: Myweekendplan
Baca juga: Apam Lenggang Lemak Manis & Rangup, Sedap Macam Orang Dulu-Dulu Buat