
Hari ini kami ingin kongsikan satu resipi coklat moist kek yang sangat gebu, tidak hanyir dan tidak muak. Kalau buat untuk anak-anak, pasti mereka suka.
Selain itu, ada juga beberapa tip penting yang dikongsikan oleh pemilik resipi.
Jom baca resipi oleh Cik Puan Ummu Shahirah Aziz melalui laman muka buku ini.
Baca juga: Kuih Talam Seri Muka, Bahagian Hijau Di Atas Lebih Tebal Memikat Selera!
RESIPI COKLAT MOIST KEK
Bahan-Bahan:
- Bahan Pertama (Mix dalam 3 minit pada kelajuan tinggi):
- 2 biji telur A/B
- 1 cawan gula kastor (boleh kurangkan jadi 3/4 kalau tak nak manis)
- 1/2 sudu besar ovalette (rahsia kek gebu 🤫)
- Bahan Kedua (Ayak terlebih dahulu):
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- Bahan Ketiga:
- 1 cawan susu segar / susu cair / air panas
- 1 cawan minyak
- 1/2 cawan susu pekat
Cara Penyediaan:
1. Panaskan air kukusan terdahulu.
2. Mix bahan pertama dalam mixer selama 3 minit pada kelajuan tinggi.
3. Masukkan bahan kedua yang telah diayak ke dalam adunan bahan pertama.
4. Kemudian, masukkan bahan ketiga dan mix lagi selama 3 minit sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci. Jika menggunakan loyang 6 inci, adunan ini boleh menghasilkan 2 buku kek.
6. Kukus kek selama 1 jam lebih dengan api besar. Pastikan adunan ditutup dengan plastik semasa dikukus.
TIP PENTING:
1. 1 adunan ini beratnya sekitar 1kg lebih.
2. Ummu menggunakan cawan metrik yang dibeli di kedai bakeri. Kalau guna cawan kopi biasa pun boleh, tapi kek mungkin tidak dapat berat 1kg.
3. Loles loyang dengan majerin supaya tidak melekat.
4. Jangan guna gula kasar kerana potensi untuk kek bantat tinggi. Kalau tak ada gula kastor, blend dahulu gula tu sebelum mix dengan telur.
5. Ummu pernah cuba versi bakar, tapi tak begitu umpph. Jadi, teruskan cara yang anda selesa dan suka.
6. Rahsia kek kekal moist selepas kek masak: sejukkan selama 15 minit sahaja, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Jangan biarkan kek terdedah lama di luar.
Selamat mencuba!
Sumber: Ummu Shahirah Aziz
Baca juga: 7 Teh Herba Yang Terkenal & Baik Untuk Kesihatan, No.3 Paling Ramai Suka!
Related Posts
Resipi 20 Minit Siap
Resipi Popular
Udang Sotong Masak Paprik Ala Kedai Tomyam, Kuah Pekat Sampai Hirup Licin Tak Tinggal Setitik!
Air Buah Naga Laici, Sekejap Je dah Habis Licin, Boleh Sejukkan Badan Sekali
Sandwich Avocado Cara RINGKAS, Rasa Premium Macam Dekat Kafe
Agar-agar Kelapa, Sedapnya Kalau Makan Sejuk-Sejuk, Jom Cuba Buat Hari Ini!
Resipi Puff Pastry Sosej Cheese, Sarapan Mudah Guna Air Fryer
Artikel Popular
Resepi Roti Jala Mudah, Hanya Dengan 3 Langkah Je, Dah Siap!
Bihun Singapore Mesra Budak, Untuk Dewasa Boleh ‘Add On’ Sambal Ini!
Kuih Bom Bijan Keledek, Ikut Resipi Ini Sangat Sedap & Tak Terlalu Manis
Mini Keria Gula Melaka, Cantik Berkilat Hasilnya Buat Geram Nak Makan!
12 Promosi Makanan Menarik Sempena PRN 2023, Tunjuk Jari & Tebus!
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














