resepi mee rebus daging

Sudah bosan setiap hari makan nasi berlauk, jadi hari ini anda boleh buat resepi Mee Rebus Daging yang sedap untuk makan tengah hari ini.

Maklumlah masih ada lebihan daging korban sempena Hari Raya Haji kelmarin, kenalah manfaatkan sebaiknya bukan?

Nak buat resepi Mee Rebus Daging yang sedap ada caranya, ikut saja langkah demi langkah yang diajarkan oleh Nasuha Mustaffa di Facebook ini.

Baca juga: Cara Buat Mee Rebus Terengganu Stail, 5 Minit Dah Siap Masak

RESEPI MEE REBUS DAGING

resepi mee rebus daging

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee kuning (dicelur air panas untuk hilangkan pahit kapur)
  • 1kg daging
  • Air rebusan daging
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 biji tomato blend (kalau ada tomato puree guna saja)
  • 5 ketul ubi keledek (ubi oren, bergantung pada saiz ubi)
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 4 hingga 5 sudu besar gula secukup rasa (jika kurang tambahkan)
  • 1 kiub ayam (ganti dengan kiub ikan bilis sebab tiada)
  • Garam secukup rasa
  • Perencah penambah rasa
  • 3 sudu besar tepung gandum atau 2 sudu besar tepung jagung (untuk pekatkan kuah, jika suka cair tak perlu masukkan tepung)

Bahan-bahan hiasan:

Bahan-bahan kisar halus:

  • 4 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 3 biji Keledek merah (jika tiada, boleh guna ubi kentang)
  • Udang kering (tambahan)

Cara-cara:

1. Rebus daging sampai empuk, kemudian daging dipotong kecil dan ketepikan air rebusan daging tadi.

resepi mee rebus daging

2. Masukkan semua bahan kisar, serbuk rempah dan cili kisar ke dalam periuk, kemudian tuang air dalam 500ml (ikut citarasa masing-masing), air rebusan daging serta kacau kuah dan letak atas api.

3. Kacau semua bahan sehingga sebati dan masukkan daging yang telah dipotong, kemudian biarkan kuah hingga mendidih.

4. Masukkan garam, gula, kiub ayam atau bilis, kemudian masak sehingga ianya secukup rasa.

5. Bancuh tepung gandum atau tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah yang mendidih, kemudian kacau dan rasa sehingga puas hati. Siap untuk dihidang!

Sudah ada resepi Mee Rebus Daging yang enak ini, bolehlah sajikan sebagai hidangan buat seisi keluarga di rumah nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Nasuha Mustaffa

Baca juga: Resepi Mee Bandung Simple, Macam Ini Hirup Kuah Pun Puas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN