puding milo oreo

Sedapnya kalau dapat makan puding milo oreo terutama sekali yang telah disejukkan. Confirm sangat menyegarkan. Sesuai untuk makan bersama seisi keluarga.

Resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurfarleena Shukor sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Sekejap sahaja cara penyediaan!

Selain itu, resipi ini turut disertakan tips oleh Cik Puan Nurfarleena. Jom cuba buat bersama-sama!

Baca juga: Kek Madeline Simple, Letak Jem ‘Ini’ Untuk Kekalkan Rasa Klasik

RESIPI PUDING MILO OREO

Bahan-bahan:

  • 10g serbuk agar-agar clear
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir (kalau suka manis boleh letak 1 cawan)
  • 1 tin susu cair
  • 1 paket Oreo (krim jangan buang)
  • 1 cawan Milo (boleh campur sedikit serbuk koko jika suka)

Cara-cara:

1. Larutkan serbuk agar-agar dengan air di atas api perlahan. Kacau sehingga agar-agar larut sepenuhnya.

2. Tambahkan gula dan terus kacau sehingga larut.

3. Masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih.

4. Ambil 2 cawan adunan dan letakkan dalam periuk lain untuk lapisan putih.

5. Kepada baki adunan dalam periuk asal, masukkan Milo dan kacau hingga sebati.

6. Tuangkan separuh adunan Milo ke dalam bekas sebagai lapisan pertama. Biarkan sehingga keras.

7. Garitkan permukaan lapisan Milo yang sudah keras dengan garfu.

8. Tuangkan adunan putih di atasnya.

9. Patahkan biskut Oreo dan susun di atas lapisan putih mengikut kesukaan.

10. Setelah lapisan putih keras, tuangkan baki adunan Milo sebagai lapisan ketiga.

11. Biarkan puding suam-suam dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

12. Setelah sejuk dan keras, puding sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

Tip:

  • Beliau hanya menggunakan 1/2 cawan gula dan 5 keping Oreo kerana tidak suka terlalu manis.
  • Agar-agar yang digunakan berwarna coklat, walaupun begitu, rasanya tetap enak dan lapisan tengah kelihatan menarik.

Sumber: Nurfarleena Shukor

Baca juga: Resipi Beef Noodle Ala Masakan Cina, Lagi Sedap Guna Daging Segar!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN