daging malbari

Hari ini kami ingin kongsikan kepada anda satu resipi yang cukup sedap dan persis rendang tok iaitu daging malbari. Makan dengan nasi panas memang ngam!

Resipi oleh Cik Puan Saba Natasha telah mendapat perkongsian sebanyak 5.5K melalui laman muka buku.

Jom kita tengok resipi daging malbari ini.

Baca juga: Cucur Roti Gardenia, Guna 3 Langkah Saja Tapi Lembutnya Luar Biasa

RESIPI DAGING MALBARI

Bahan-Bahan:

Bahan Kisar:

  • 1 batang kecil kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 sudu besar rempah biji
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 2 sudu besar jintan manis
  • Segenggam cabai kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci halia

Bahan Lain:

  • 1 kg daging, dipotong kecil
  • 1/2 botol kecil kicap Kipas Udang
  • 3 bungkus kerisik
  • Gula merah seringgit (masak dengan sedikit air, kemudian tapis)

Cara-Cara:

1. Goreng semua bahan kisar tanpa minyak dengan api perlahan sehingga wangi. Kemudian, kisar semua bahan ini sehingga halus.

2. Campurkan bahan kisar bersama daging dalam satu mangkuk. Masukkan kicap Kipas Udang dan kacau sebati. Perapkan daging selama 1 hingga 2 jam untuk memastikan rasa meresap.

3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis daging yang telah diperap tadi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga daging menjadi lembut. Tambah air sedikit demi sedikit untuk memastikan daging lembut dan empuk.

daging malbari

4. Setelah daging lembut, masukkan kerisik, garam, dan gula merah yang telah dimasak dengan sedikit air. Kacau sebati.

5. Masak sehingga kuah pekat dan berpalut pada daging.

daging malbari

Daging Malbari sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Saba Natasha

Baca juga: Resipi Mee Kuah Tulang, Sekali Makan Pasti Nak Lagi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN