Resepi hubby.. ringkas dan sihat

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Salad Avocado dan Sesame Seed

Resepi hubby.. ringkas dan sihat

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji sedang timun dipotong dadu
  • 2-3 biji sedang tomato dipotong dadu
  • 1 biji avocado di potong kecil
  • beberapa helai daun salad/lettuce dipotong halus
  • sedikit bijan/sesame seeds putih dan hitam
  • sedikit pine nuts
  • 1 sudu besar sunflower/olive oil *
  • 1 sudu besar balsamic vinegar *
  • sedikit black pepper *
  • garam (ikut rasa) *
  • 1 sudu kecil madu *
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan timun, tomato, daun salad, avocado, sesame putih dan pine nuts dalam satu mangkuk yang dalam.
  • Untuk sos, dalam satu mangkuk lain masukkan semua bahan yang bertanda * dan gaul hingga sekata.
  • Kemudian, tuangkan sos tadi ke dalam mangkuk salad dan gaul sebati.
  • Akhir sekali, taburkan lagi pine nuts dan bijan/sesame seed hitam untuk hiasan. Sedia untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN