daging black pepper

Tiada idea nak masak apa menggunakan lauk daging? Jangan risau, apa kata jom cuba resepi daging black pepper yang mudah dan menyelerakan ini.

Pertama sekali, daging perlu direbus sehingga empuk. Kemudian, barulah dimasak kepada lauk yang disukai. Teknik ini boleh digunakan untuk memasak menu daging yang lain.

Daging black pepper ini memang cukup lazat jika dimakan dengan nasi panas, memang laju menambah nasi! Ada satu lauk ini pun sudah cukup, tak perlu yang lain.

Baca juga: Resipi Daging Masak Merah Ala Thai, Sama Sedap Macam Dekat Kedai!

RESEPI DAGING BLACK PEPPER

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Daging
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 biji bawang Holland
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sos black pepper
  • 2 sudu lada hitam (tumbuk)
  • 1 biji capsicum hijau
  • 2 biji tomato
  • Lobak merah (optional)
  • Daun bawang (optional)
  • Garam, gula, ajinomoto
  • Minyak masak

Cara memasak: 

1. Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit, kacau kemudian masukkan bawang putih.

2. Masukkan sos blackpepper dan lada hitam yang ditumbuk tadi.

3. Masukkan garam, gula dan ajinomoto.

4. Masukkan lobak merah dan lada capsicum.

5. Agak-agak sayur dah lembut, kemudian masukkan pula tomato, bawang holland dan
daun bawang.

6. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Facebook Fatimah Ibrahim via Khairul Aming FP

Baca juga: Tip Buat Daging Goreng Kunyit Jadi Basah-Basah, Barulah Lagi Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN