Setiap kali kedatangan Hari Raya Aildiladha, menu sup tulang sedap pasti menjadi pilihan selepas aktiviti penyembelihan.
Memang sangat menyelerakan apabila dapat hirup kuah sup yang panas-panas. Makan pula dengan nasi putih, hilang segala penat melapah daging tadi.
Walaupun sedap, masakan yang berlemak sebegini tidak elok untuk kesihatan. Waktu makan memang tak ingat, selepas itu barulah rasa menyesal!
Baca juga: Cara Masak Sup Tulang & Daging, Resipi Super Mudah & Sangat Sedap!
SUP TULANG SEDAP TAPI TINGGI KOLESTROL, INI CARA BUANG LAPISAN LEMAK DALAM SUP
Sebenarnya ada cara untuk membuang lemak dalam sup tulang ini. Perkongsian tip ini dimuat naik oleh Nileya Nazri menerusi laman Facebook miliknya.
“Rata-rata orang akan buat sup tulang sebagai menu raya selepas aktiviti penyembelihan.
Ini nak bagi petua kesihatan untuk rakyat malaysia supaya boleh mengurangkan kadar sakit yang berkaitan dengan kolestrol.
Mula-mula kita rebus tulang dengan air biasa hingga empuk. Selepas itu asingkan tulang dan sejukkan sup.
Ambil beberapa ketul ais dan masukkan dalam mangkuk stainless steel dan letak ke dalam sup (sila rujuk gambar) beberapa minit. Elakkan guna besen plastik. Kalau tak, nanti susah nak hilangkan kesan minyak yang melekat itu.
Kemudian kita akan nampak hasil yang menyebabkan tiba-tiba je kita nak pergi jogging 10 km (dengan harapan lemak dalam badan akan cair).
Bayangkan kalau kita main hirup saja sup ini. Lemak yang tebal macam itu la akan salut dalam sistem badan kita.
Ini cara express namanya. Kalau selepas rebus nak simpan semalaman dalam peti ais pun boleh juga. Nanti lemak-lemak putih semua akan timbul. Selepas itu kalian boleh la buat sup seperti biasa.”
Sumber: Facebook Nileya Nazri
Baca juga: Resipi Daging Masam Manis, Ini Tips Daging Cepat Empuk