puding ni tak ada kelainan rasa cuma ingin berkongsi cara2 buat puding yg menarik..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

? Rasa Sayang Pudding ?

puding ni tak ada kelainan rasa cuma ingin berkongsi cara2 buat puding yg menarik..

BAHAN-BAHAN

  • 15 gram agar agar (strips)
  • 100 gram tepung kastard
  • 1 cwn susu cair
  • 4 cwn air
  • 12/3 cwn gula
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam agar2 selama lebih kurang 1 jam.
  • Sediakan loyang dengan menyusun cookie cutter di dalamnya (susun supaya senang nak potong puding nanti)
  • Cairkan agar agar dan gula hingga larut dalam periuk.
  • Apabila sudah larut, masukkan susu cair dan esen vanilla. Kacau hingga sebati. Kemudian cedok sedikit agar agar ke dlm bekas.
  • Kemudian, masukkan tepung kastard yang dibancuh dengan air dalam agar agar di dalam periuk tadi. Masak hingga mengelegak. Masukkan pewarna merah (agar agar akan menjadi warna merah samar sebab telah bercampur dengan susu dan tepung kastard). Bila sudah masak, tapiskan agar agar.
  • Sementara menunggu agar agar dalam periuk mengelegak, sudukan agar agar yg telah dicedok sedikit tadi ke dalam cookie cutter yg telah di susun di dalam loyang. Biarkan keras seketika.
  • Masukkan pula agar agar sudah ditapis tadi ke dalam loyang. Biarkan sedikit keras kemudian boleh la cabutkan cookie cutter tadi. Boleh disejukkan di dalam peti sejuk.
  • Gambar cookie cutter:

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN