salad kentang

Salad kentang satu juadah yang sangat senang dibuat dan sesuai untuk dimakan bila-bila masa. Nak lagi best makan waktu sejuk-sejuk, umph memang sedap!

Rasa dressing kentang yang berlemak krim memang boleh kirim salam kepada yang namanya diet!

Anda wajib cuba resipi ini oleh Cik Puan Suhasnida Ismail melalui laman sosial Facebook kerana cara membuatnya yang mudah kurang dari 30 minit, 

Baca juga: Wanita Johor Ini Kongsi Resepi Laksa Johor Original, Hasil Kuah Menjadi!

RESIPI SALAD KENTANG

salad kentang

 

Bahan-bahan:

  • 1kg kentang (direbus dan letak garam)
  • 150gm mayonis (jenama Telly)
  • 80gm yogurt Greek atau 1 sudu besar jus lemon
  • 50gm keju krim (pilihan)
  • 1/2 sudu besar mustard Dijon atau mustard kuning
  • Bawang merah atau Holland (dicincang)
  • Parsley (dicincang)
  • Seleri (dicincang)
  • Lobak merah (dicincang)
  • Daun bawang (dihiris halus)
  • 2 biji telur rebus (dilenyekkan)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula

Cara Penyediaan:

1. Cuci kentang dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk tetapi jangan sampai lunyai.

2. Kupas kulit kentang sebelum merebus jika mahu memudahkan kerja kemudian. Toskan kentang dan ketepikan.

3. Cincang semua sayur-sayuran (bawang merah, parsley, seleri, lobak merah, dan daun bawang) dan letakkan dalam satu bekas.

4. Jika tiada lobak merah atau mana-mana sayuran lain, boleh abaikan. Sesuaikan sayuran mengikut selera anda.

5. Dalam satu bekas lain, campurkan mayonis, keju krim, yogurt (atau jus lemon jika tiada yogurt), garam, dan gula. Kacau hingga sebati.

6. Masukkan sayur-sayuran yang telah dicincang, telur rebus, dan kentang rebus. Kacau hingga semua bahan sebati.

7. Jika mahu, boleh tambahkan lada hitam atau jalapeno jeruk mengikut selera. Jika tiada yogurt, tambahkan sedikit lagi mayonis. Sesuaikan mengikut selera anda.

8. Salad kentang sedia untuk dihidangkan. Lebih sedap jika disimpan dalam peti sejuk sebelum dimakan. 

Sumber: Suhasnida Ismail

Baca juga: Kek Mentega Lembut Dan Gebu, Bila Makan Terasa Cukup Klasik

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN