Adunan “3-in-1”, boleh digoreng, dibakar ataupun dikukus….. Tapi kalau dibakar @ dikukus, namanya tak le jemput2 lagi…!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Jemput-jemput Berangan Comel

Adunan “3-in-1”, boleh digoreng, dibakar ataupun dikukus….. Tapi kalau dibakar @ dikukus, namanya tak le jemput2 lagi…!

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji pisang berangan yang masak ranum
  • 4 camb gula
  • 5 camb susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 camt soda bikarbonat
  • 2 cawan tepung gandum
  • Minyak masak secukupnya- untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat ke dalam bekas dan gaul rata.
  • Kisar @ blender pisang bersama telur, gula dan susu segar.
  • Campurkan bahan2 yang telah dikisar ke dalam campuran tepung dan gaul hingga sebati.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng.
  • Dengan menggunakan hujung sudu makan, jemputkan adunan (sebesar satu ruas hujung jari telujuk) ke dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
  • Angkat dan siap untuk dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN