roti homemade

Bau haruman roti homemade ketika bangun pagi memang menaikkan mood yang gembira. Kunci kepada pembuatan roti sudah tentu, yis. Tanpa yis, tak menjadilah rotinya.

Tak perlu bread maker, anda hanya perlukan pembakar sahaja untuk membuat roti yang sempurna, lembut dan fresh ini. Kalau bagi orang rasa, mesti ingat roti beli di kedai!

Resipi hari ini dikongsikan oleh saudara Hehiman Sakuan di laman muka buku.

Baca juga: Roti Gabin, Makanan ‘Rare’ Indonesia Ini Sedap Cicah Dengan Kopi Panas

RESIPI ROTI HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan marjerin
  • 3 sudu makan gula
  • 1 cawan susu (full cream, low fat atau fresh yang suam, ikut kesukaan masing-masing)
  • 1 sudu makan yis
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1. Gaulkan gula bersama susu pilihan anda dan yis.

2. Biarkan campuran tersebut seketika sehingga berbuih.

3. Kemudian, masukkan campuran tersebut ke dalam adunan tepung bersama sedikit garam. Uli sehingga adunan nampak cantik.

4. Uli bahan tadi seketika sebelum masukkan marjerin dan uli sekali lagi. Biarkan seketika untuk memberi masa adunan naik cantik.

5. Bentukkan adunan ke dalam bekas dan bakar.

6. Untuk membakar roti ini, tetapkan suhu pembakar dalam 200 hingga 230°C selama 30 hingga 45 minit. Jika warna roti sudah bertukar kuning keemasan, keluarkan saja.

roti homemade

Sumber: Hehiman Sakuan

Baca juga: Cream Cheese Homemade, Guna 3 Bahan Dengan Modal RM13 Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN