rempeyek kacang

Rempeyek kacang tanah ini memang cukup ‘berhantu’. Kerangupannya boleh membuatkan sesiapa sahaja tak berhenti mengunyah. Sedar tak sedar, dah hampir habis sebalang.

Resipi rempeyek yang rangup biasanya memerlukan air kapur. Namun, resipi ini sedikit berbeza kerana tidak usah mengunakan bahan itu sama sekali. Hasilnya, rempeyek kacang tetap rangup dan elok kejadiannya. 

Kalau ada yang mahu mencuba, boleh ikuti resipi lengkap yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Ida Adlina Salleh di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Rebus Kacang Tanah, Tahan Lama Dan Tak Cepat Busuk

RESEPI REMPEYEK KACANG TANAH RANGUP

rempeyek kacang

Bahan adunan tepung:

  • 400 gm tepung beras
  • 100 gm tepung kanji / ubi kayu
  • 2 biji telur
  • 1 sudu garam
  • 400 ml santan
  • 15 helai daun limau purut racik
  • Air secukupnya

Bahan kisar:

  • 10 ulas bawang putih
  • Sedikit kunyit hidup
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1/2 genggam ikan bilis
  • 1/2 genggam udang kering

Bahan tabur:

  • Ikan bilis mentah (basuh bersih dan keringkan balik – jemur atau keringkan dalam oven)
  • Kacang tanah (basuh dan jemur kering)

Cara-cara:

1. Campurkan bahan kisar dengan bahan adunan tepung.

2. Jika guna acuan, panaskanan acuan dalam minyak supaya adunan melekat.

3. Kemudian letak kacang dan ikan bilis ke atas acuan.

4. Letak adunan tepung supaya kacang dan ikan bilis basah.

5. Kemudian goreng dengan api sederhana kecil.

6. Adunan 500g tepung boleh dapat dua bekas besar bulat seperti dalam gambar di bawah. Selamat mencuba!

rempeyek kacang

Kredit resipi dan gambar: Ida Adlina Salleh

Baca juga: Jenis Kacang Yang Sesuai Dijadikan Jajan, Baru Lagi Sihat & Banyak Khasiat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN