kari india

Kalau dah orang Malaysia, mesti makanan yang tak asing lagi adalah kari. Tapi, pernah rasa kari india? Lagi pekat, lagi umph kata orang.

Masak nasi panas, goreng telur dadar dan buat sambal belacan, memang makanan yang dah mewah sangat! Terus rasa nak berpantun, gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati.

Dalam resipi kali ini MyResipi bawakan resipi kari india nenek Cik Puan Syalfarina Razali yang mempunyai darah keturunan India Ceylon. 

Resipi original oleh arwah nenek namun diubah sedikit oleh mak beliau dengan meletakkan santan. Jom tengok. 

Baca juga: Himpunan Resipi Sambal Belacan Berapi Versi Indonesia, Senang Je Nak Buat!

RESIPI KARI INDIA

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan talang (dibelah menjadi 5 keping)
  • 6 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar halba campur
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 kotak kecil santan
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan perasa secukup rasa
  • 2 biji bawang merah (untuk ditumis)
  • 2 tangkai cili kering
  • Hirisan cili hijau hidup
  • Daun kari

Cara-Cara:

1. Ambil kuali dan panaskan minyak.

2. Goreng 6 biji bawang merah dan 1 biji tomato dalam minyak hingga layu dan keperangan.

kari india

3. Keluarkan dan tumbuk dalam lesung hingga halus. Dahulu, arwah nenek aku menggiling bahan ini.

4. Hiris 4 ulas bawang putih dan 1 inci halia.

5. Panaskan minyak yang sama dan tumis bahan hiris tadi bersama 1 sudu besar halba campur serta daun kari.

6. Apabila bahan hiris dan penumis sudah agak layu, masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi (tomato dan bawang merah).

 

7. Masukkan 1 sudu kecil serbuk ketumbar dan 2 sudu besar rempah kari ikan.

8. Tambahkan sedikit air dan biarkan hingga pecah minyak.

9. Setelah pecah minyak, masukkan ikan yang telah disediakan.

kari india

10. Tambahkan 1 kotak kecil santan.

11. Masukkan sedikit air asam jawa.

12. Perasakan dengan garam dan perasa secukup rasa.

Tumis bahan hiasan:

  • Ambil kuali lain dan panaskan minyak.
  • Tumis 2 biji bawang merah yang telah dihiris, 2 tangkai cili kering, dan hirisan cili hijau hidup hingga bawang menjadi perang.

  • Masukkan bahan tumisan ini ke dalam periuk kari.

Selamat mencuba!

Sumber: Syalfarina Razali 

Baca juga: Cara Buat Kubis Masak Lemak Putih Guna Resipi Opah, Ratah Dengan Sambal Belacan Padu Woo

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN